Sunday 11 September 2011

~pendemokrasian pendidikan~ benda buat saya tidur jam 3.00 cehhhhh bikin stress saja~

““Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang mencipta (sekalian makhluk, Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan.” (Al-Quran, Al-Alaq:1-4)”
            Menyingkap kronologi sejarah Islam, wahyu pertama yang diperolehi oleh Rasullulah SAW ialah penekanan kepada aspek prospektif kepentingan ilmu. Maka ilmu merupakan satu hal yang perlu dititik beratkan secara total. Sementelah mengetahui kepentingan ilmu sebagai asas sebuah ketamadunan yang tinggi, penerapan ilmu seharusnya diterapkan kepada keseluruhan masyarakat secara bersepadu, tanpa mengira bangsa, agama, geografi, status sosial dan sebagainya. Dalam usaha mencapai misi kudsi wawasan 2020, penerapan kepentingan ilmu haruslah dilakukan agar mampu melahirkan modal insan selaku pelapis kepada kekuatan negara yang berminda kelas pertama serta seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual seiring dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menurut Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohammad,
“Dalam pembangunan sumber tenaga manusia, kita tidak harus mengabaikan separuh jumlah penduduk kita, yakni golongan Bumiputera. Jika golongan ini tercicir, jika perkembangan-perkembangan yang ada pada mereka tidak diperkembangkan, jika mereka dibiarkan menjadi rintangn terhadap pertumbuhan kebangsaan, maka kemajuan kita pastilah pincang”
(Malaysia Melangkah kehadapan, hal.21-22)
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengubah satu dasar pendidikan untuk penambahbaikan sistem pendidikan Malaysia dengan memperkenalkan dasar “Pendemokrasian Pendidikan” yang berteraskan kepada perkataan demokrasi yang membawa kepada maksud yang doktrin iaitu asas penentuan bukan sahaja pembentukan kerajaan tetapi juga sebagai rangka budaya pentadbiran sesebuah negara. Konsep demokrasi merupakan asas dan premis kepada pendemokrasian pendidikan.
Pendefinisian konteks pendidikan dalam prospektif negara Malaysia berteraskan kepada konsep yang telah diungkapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK):             
Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”
(Akta pendidikan, 1996)  
Bedasarkan kepada definisi diatas, pendemokrasian dapatlah dikonotasikan sebagai prinsip-prinsip dan hak-hak sosial masyarakat manakalam pendidikan pula ialah proses untuk mendidik dan memberi didikan untuk menyemai sifat kemanusiaan disertai nilai-nilai murni dalam diri setiap individu khasnya modal insan negara. Tuntasnya, pendemokrasian pendidikan dapat ditakrifkan sebagai persamaan hak yang sama rata terhadap proses dalam pemerolehan, pengajaran dan pemelajaran pendidikan yang disediakan oleh sesuatu sistem pendidikan di sesebuah negara.
Konsep Pendemokrasian Pendidikan
Tunggak utama dalam konotasi pendemokrasian pendidikan ialah persamaah hak yang sama rata bagi setiap individu dalam proses pendidikan atau dengan bahasa yang lebih mudah proses pendidikan untuk semua. Dalam mencapai misi kudsi merangka pendidikan yang dapat menjamin kepada pembentukan modal insan yang mampu menggalas tanggungjawab mencapai negara maju tahun 2020, konsep pendemokrasian pendidikan ini perlulah diperlihat dari skop yang lebih luas dengan memperincikan dari segenap apsek.
Pertamanya, pendemokrasian pendidikan bukannya hanya menjurus kepada pendemokrasian sahaja tetapi persamaan hak serta keterbukaan peluang yang sama rata dalam mendapatan pendidikan yang bermutu. Maksdunya, setiap individu di negara Malaysia berhak mengikuti proses dalam mendapatkan pendidikan yang bermutu serta berkualiti. Intiharnya, pendemokrasian pendidikan ini berkait rapat dengan peluang serta mutu keseluruhan proses pendidikan dan melibatkan seantero masyrakat.
Keduanya, pendemokrasian pendidikan bukanya berasaskan kepada persamaan hak dan peluang untuk mendapatkan pendidikan sahaja sebaliknya, peluang dan hak yang sama kepada setiap individu untuk mmperolehi pendidikan yang berkualiti. Dengan erti lain, sebarang diskriminasi atau perbezaan tidak boleh diwujudkan terhadap mana-mana peringkat masyarakat dari aspek peluang dan mutu dalam perlaksanaan sistem pendidikan di negara. Penggilapan bakat serta potensi yang terdapat pada setiap individu haruslah di lakukan secara total berterusan untuk mengelakkan keciciran. Menurut Nor Aziah Binti Alias dan Azni Zain binti Ahmed (1995), pendidikan seharusnya merangkumi dan terbuka kepda segenap lapisan masyarakat, bukan sahaja dari aspek geografi, bahkan dari segi golongan jenis  dan sektor ekonomi.
Justeru itu, sistem pendidikan di Malaysia perlulah memastikan tiada mana-mana golongan di negara ini yang tercicir daripada proses untuk mempperolehi pendidikan yang bermutu sekiranya tidak mahu terdapat kepincangan untuk mencapai taraf negara maju pada tahun 2020. Jadi dapat disimpulkan bahawa, pendemokrasian pendidikan dapat dikonotasikan dalam erti kata yang lebih ringkas dan mudah. Ialah keupayaan dan kemampuan sistem pendidikan negara dalam menyediakan peluang untuk mendapatkan pendidikan yang bukan sahaja luas tetapi juga adil dan saksama serta bermutu untuk semua lapisan masyarakat.
Kepentingan Pendemokrasian Pendidikan
Peranan dasar pendemokrasian pendidikan sebagai wahana dalam merapatkan  pendidikan sekarang terdapat satu jurang yang besar antara sekolah luar bandar dan sekolah bandar baik dari aspek pretasi, kemudahan peralatan pembelajaran, infrastruktur dan bilangan tenaga pengajar. Faktor geografi yang di pendalaman sering menjadi faktor pelajar luar bandar sering di nak tirikan dan selalu menghadapi masalah kekangan dalam pemberolehan maklumat. Guru dan sekolah dijadikan satu-satunya sumber untuk pelajar luar bandarmendapatkan maklumat sehingga melahirkan pelajar yang ibarat katak bawah tempurung kerana tidak mampu berfikir secara luas dan inovatif seiring dengan isu semasa. Dasar pendemokrasian pendidikan ini ibarat penawar dalam mecungkil dan menggilap pelajar yang jauh di luar bandar. Kelengkapan penyediaan infrastrukur dan kemudahan pembelajaran serta tenaga pengajar mahir yang mencukupi  akan melahirkan pelajar yang mampu mencerna otak untuk berfikir secara induksif dan komprensif. Sekiranya penyediaan kemudahan pembelajaran dari segala aspek disamakan secara rata dan total masalah jurang prerasi pendidikan luar bandar dan bandar dapat diatasi serta ketaksamaan oleh setiap pelajar dalam menikmati pendidikan akan dapat dikecapi. Justeru itu, pendemokrasian pendidikan dapat dijadikan saluran yang merapatkan jurang pendidikan yang dihadapi negara dasawarsa ini memandangkan potensi setiap individu harusalh dikembang dan dicungkil hingga ke akar umbi kerana siapa yang tahu dalam timbunan kaca terdapat belian yang beharga?
Kepentingan dasar pendemokrasian pendidikan sebagai asas dalam membasmi pengwujudan kelas sosial di sekolah. Di dalam satu ruang bilik darjah, bolah menempatkan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kelas sosial yang berbeza. Kelas sosial pelajar selalunya dikaitkan dengan latar belakang status ekonomi keluarga pelajar tersebut. Pelajar yang lahir daripada golongan yang ibu bapanya mempunyai kerjaya yang professional akan mendapat perhatian yang lebih banyak dan adakalanya ditatang ibarat minyak penuh oleh pihak sekolah mahupun guru yang menjadi tenaga pengajar dan berperanan untuk menyalur ilmu kepada pelajar. Kerjaya professional ialah kerjaya yang  tergolong di bawah profesian perubatan seperti doktor, perundangan seperti peguam dan pendidikan seperti pensayarah.  Pelajar-pelajar yang berstatus sosial rendah seperti anak kepada pekerja buruh kasar pula akan diabaikan secara tidak lansung seperti kurang diberi perhatian dan pengajaran secara tidak bersungguh-sungguh. Secara tidak lansung di dalam ruang kecil yakni bilik darjah akan berlakunya ketidaksamaan proses pemberoleha ilmu dan pembelajaran. Dasar pendemokrasian pendidikan ini merupakan pembela nasib anak watan yang kurang bernasib baik dari aspek status sosial dan ekonomi ini. Layanan yang sama rata tanpa rasa berat sebelah kepada setiap pelajar haruslah dilakukan agar mereka akan memperolehi ilmu yang bermanfaat serta berkualiti seperti pelajar yang lain. Layanan yang tiada berbeza antara pelajar yang mepunyai status yang tinggi akan memupuk semangat yang tinggi dalam jiwa mereka untuk menuntut ilmu dan pelajar yang kurang berkemampuan akan mampu untuk duduka sama rendah dan berdiri sama tinggi bersama pelajar yang mempunyai taraf sosial tinggi. Justeru itu, dasar pendemokrasian pendidikan mampu membasmi wujudnya kelas sosial di sekolah.
Dasar pendemokrasian pendidikan dalam menyamaratakan peratusan kemasukan pelajar ke Institut Pengajian Tinggi. Merujuk kepada kuota yang ditetapkan peratusan yang telah ditetapkan untuk menetapkan pelajar ke Institut Pengajian tinggi (IPTA) pelajar bumi putera mempunyai peratusan yang lebih tinggi dan berpeluang lebih cerah untuk dimasukkan kedalam mana-mana IPTA. Secara tidak lansung pengwujudan kuota ini telah menimbulkan sedikit diskriminasi terhadap peluang kepada pelajar bukan bumiputera dalam menikmati pendidikan. Peluang pendidikan seharusnya diberi kepada mana-mana pelajar tidak mengira bangsa, agama, warna kulit, geografi dan status sosial dalam mengecapi pendidikan. Sebaliknya penilaian kemasukan haruslah bergantung sepenuhnya kepada kelayakan akedemik dan kokurikulum. Penilaian yang lebih ketat sebegini secara tidak lansung akan meningkatkan kesedaran kepada kaum bumiputera untuk bersaing dengan lebih hebat seterusnya mengejutkan pelajar bumiputera yang acapkali lalai dan tidur dengan lena kerana sentiasa berada pada tahap “zon selesa”. Berpeganglah kepada pepatah “siapa yang berusaha dia akan Berjaya”. Keadilan dalam pemilihan kemasukan IPTA secara tidak lansung akan menyahut kepada seruan “Satu Malaysia” di mana rakyat Malaysia menjadi bersatu di bawah satu bumbung yang sama dan layanan yang sama dan tidak mempunyai perbezaan. Oleh itu, wujudnya dasar pendemokrasian pendidikan mampu menyamaratakan peratusan kemasukan pelajar ke IPTA di seluruh Malaysia.
Seterusnya, kepentingan dasar pendemokrasian pendidikan dalam memberikan pendidikan induksif kepada pelajar istimewa. Induksif berasal daripada perkataan bahasa Inggeris yang membawa maksud termasuk, merangkumi dan semua. Di bawah konteks pendidikan pula induksif bermaksud setiap individu tidak mengira normal, kelainan upaya, pintar berhak diberi peluang pendidikan umum. Setiap individu berpotensi dikembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu tidak mengira aspek sifat yang ada pada diri individu tersebut. Kanak-kanak yang mempunyai kelain upaya seperti cacat penglihatan haruslah ditempatkan dalam kelas bermasalah dan diberi program pendidikan khas oleh guru. Penyediaan pendidikan khas yang berterusan akan mampu melatih mereka yang kelainan upaya ini dengan kemahiran yang mencukupi kepada mereka untuk berhadapan dengan masyarakat luar. Pendidikan haruslah melatih segenap individu yang merupakan modal insan negara secara total agar mereka mapu menjadi tulang belakang serta benteng yang kuat kepada negara. Memetik kata mantan perdana Presiden Indonesia, Soekarno, “berikan saya sepuluh orang remaja nescaya akan saya gegarkan dunia”. Dari petiakan kata-kata semangat oleh Soekarno ini dapat kita simpulkan betapa besar pundak tanggungjawab modal insan sebagai sumber kekuatan negara. Oleh itu, penggunaan sumber modal insan ini perlulah dimanfaatkan sepenuhnya.
Kepentingan yang terakhir sekali ialah, peranan dasar pendidikan untuk memberi bantuan kepada pelajar yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan. Modal budaya ialah satu aspek yang merangkumi keseluruhan latar belakang termasuk kebudayaan, ilmu pengetahuan, pembawaan dan kemahiran teknik yang ada pada diri setiap individu. Pelajar yang berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan secara tidak lansung akan mengalami masalah sekatan budaya. Sekatan budaya pula bermaksud halangan atau kekurangan modal budaya disebabkan faktor ekonomi individu itu sendiri. Ketidakmampuan dalam menyediakan kemudahan asa seperti, buku rujukan, buku latihan, majalah, kamus dan jurnal menjadikan pelajar tidak mampu untuk menguasai pelajaran dengan sepenuhnya. Kekangan faktor ekonomi ini juga secara tidak lansung boleh menutup minda pelajar kerana mereka tidak mempunyai kemudahan untuk membawa kea rah dunia globalisasi. Kekurangan ini akhirnya menjadikan mengalami sekatan budaya. Perlaksaan dasar pendemokrasian pendidikan haruslah menekankan dengan memberi bantuan kepada pelajar-pelajar yang ibu bapanya kurang berkemampuan. Penyediaan aspek bahan-bahan asas pembelajaran seperti alat tulis, baju dan buku sekolah haruslah dilakukan agar mereka boleh keluar dari konkongan minda tersepit di bawah kotak, kecil dan sempit. Justeru itu, perlaksaan demokrasi pendidikan mampu memberi bantuan kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk terus menimati pendidikan dan seterusnya mampu memecahkan masalah sekatan budaya yang dihadapi pelajar.
Cabaran Dalam Pelaksanakan Dasar Pendemokrasian Pendidikan
Sekiranya diteliti terhadap rangka kepentingan dasar pendemokrasian pendidikan ini tidak akan terlihat sedikit cela terhadap niat murni untuk melahirkan modal insan bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan namun harus dilihat darpada propekstif cabaran yang bakal ditempuhi kelak.
Pertamanya, diteliti dari sudut cabaran kewangan dan kemudahan pengendalian dalam melaksakan pendemokrasian terhadap pelajar luar bandar dan bandar tanpa mengira dari aspek geografi untuk mengelakkan wujudnya jurang pendidikan yang terlalu tinggi. Seperti yang diketahui bahawa kos dalam penyelanggaran untuk mewujudkan kemudahan dan prasarana di sekolah bandar adalah memerlukan kos yang lebih murah berbanding dengan sekolah luar bandar. Kos penyelenggaraan yang tinggi ini juga disebabkan oleh kekangan faktor geografi. Kawasan pendalaman yang mempunyai masalah pengangkutan seperti masih menggunakan jalan air sebagai perhubungan, jalan raya yang belum siap sepenuhnya mmembawa kepada kesukaran untuk mengangkut peralatan untuk pembianaan infrsruktur serta kemudahan yang mencukupi kepada pelajar. Disebabkan faktor kesukaran dalam pengangkutan menyebabkan kerajaan perlu menyediakan bajet yang tinggi untuk satu projek bagi membuat satu kemudahan infrastuktur seperti menyediakan lebih banyak banggunan agar murid-murid lebih selsesa belajar.
 Selain daripada itu, faktor geografi juga menymbang kepada kurangnya kemasukan tenaga pengajar yang mahir ke kawasan pendalaman terutamanya guru wanita. Acapkali didengari di media massa samada media cetak seperti surat khabar, majalah, mahupun media elektronik seperti televisyen dan radio yang menceritakan tentang seorang guru maut dibunuh, dirogol dan bunuh dan tidak kurang juga yang meninggal dunia disebabkan lemas. Isu-isu seperti ini menjadikan para guru tidak berani untuk menagajar ke pendalaman memandangkan kepada pemasalahan yang membabitkan nyawa bak kata pepatah “hilang duit boleh dicari hilang nyawa tiada gantinya”. Pertaruhan nyawa acapkali melunturkan semangat para guru terutamanya guru-guru baru terus mengajar di pendalaman. Masalah kesukaran dalam mencari makanan semakin melunturkan semangat guru untuk mengajar di dalam “hutan belantara” dan lebih memilih bandar yang di hujani dengan banggunan pencakar langit dipenuhi pelbagai kemudahan. Justeru itu, penghasilan guru yang mempunyai komitmen tinggi serta semangat sedia menghadapi pelbagai cabaran perlulah dilakukan agar tenaga pengajar mahir mampu dihantar di sekolah pendalaman.
Cabaran yang seterusnya dalam perlakasanaan pendemokrasian pendidikan ialah tahap kesedaran ibu bapa pelajar sendiri terhadap pendidikan. Kebanyakkannya, pelajar yang lahir daripada keluarga yang berteraf sosial tinggi mempunyai pengetahuan serta kesedaran yang lebih tinggi terhadap pelajaran berbanding ibu bapa yang mempunyai taraf sosial yang rendah. Contohnya, semasa penyemakkan kertas ujian pelajar, guru selalunya akan lebih berhati-hati dalam menyemak kertas jawapan pelajar yang ibu bapanya mempunyai pendidikan yang tinggi kerana sebarang kesilapan atau kecuaian yang dilakukan oleh guru akan memberi impak serta padah kerana setiap kecuaian akan dipertikaikan oleh ibu bapa mereka dan akhirnya kepercayaan mereka tehadap kemampuan guru akan hilang. Secara tidak langsung wujudnya sedikit berat sebelah kerana sekiranya berlaku kesilapan kertas jawapan pelajar yang ibu bapanya kurang kesedaran tentang kepentingan pendidikan ibu bapa mereka tidak akan mempertikaikan kerana percaya sepenuhnya terhadap kreadibiliti seorang guru. Selain itu juga, guru akan menjadi pesalah tegar sekiranya gagal untuk memberi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan awam. Sekiranya keadaan ini berterusan nescaya demokrasi pendidikan sukar untuk di laksanakan. Oleh itu, pentingnya penerapan kepentingan ilmu kepada ibu bapa agar mereka memberi perhatian lebih terhadap pendidikan anak-anak mereka.
Sistem kuota juga menjadi batu penghalang dalam melaksanakan dasar pendemokrasian pendidikan. Di negara Malaysia kebiasaanya akan meletakkan kuota dalam menyekat peratus kemasukan samada kuota kemasukan ke IPTA atau pemilihan kemasukan ke dalam Sektor Perkhidamatan Awam. Kewujudan sistem kuota ini secara tidak lansung akan menyekat pendemokrasian terhadap hak sama rata serta peluang dalam mendapatkan perkhidmatan pendidikan bermutu. Sistem kuota ini berasaskan kepada perlembagaan hak-hak keistimewaan bumi putera yang tidak boleh disangkal mahupun digubal demi melindungi hak keistimewaan bumi putera. Sementelah mengetahui bahawa ketidakmampuan kaum bumiputera dalam mengatasi kaum bukan bumiputera menyebabkan kepentingan sistem kuota untuk memastikan kaum bumi putera boleh mndapat tempat dalam IPTA dan mengecapi pendidikan ke aras yang lebih tinggi. Selain daripada itu, untuk mengelakkan IPTA dimonopoli oleh kaum bukan bumiputera menjadikan peranan kuota pemilihan ini sangat penting untuk terus mengangkat dan menjulang kaum bumi putera agar mampu menjadi pelapis negara yang berguna. “Melayu mudah lupa” seperti yang pernah diperkatakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohammad, menyebabkan kaum bumi putera perlu dibimbing dengan sebaiknya agar mampu bersaing secara sihat dan sama rata dengan rakyat bukan bumi putera.
Pendidikan yang terlalu berorientasikan peperiksaan menjadi penghalang daripada memberi pendidikan yang induksif kepada pelajar istimewa. Jika dilihat kepada sistem pendidikan yang terlalu menekankan aspek kecermelangan dalam peperiksaan awam menjadikan nilai pendidikan sebenar seperti yang termaktub dalam falsafah pendidikan kebangsaan sukar untuk dicapai. Pelajar diajar menghafal ilmu untuk diluahkan dalam peperiksaan awam yang akan dihadapi tanpa mengetahui nilai sebenar terhadap penghayatan ilmu pengetahuan. Kegairahan dalam melahirkan pelajar bijak menghafal menyebabkan pelajar istimewa keupayaan selalu disisihkan di dalam pendidikan. Walaupun tidak dapat disangkal bahawa kerajaan telah membina sekoalah khas namun bilangan sekolah khas yang dibina ini terlalu sedikit dan selalunya hanya terdapat satu sekolah untuk satu negeri. Bagaimana pula nasib mereka nun jauh di pendalaman yang mempunyai anak yang kelainan upaya atau masalah keupayaan lain? Akhirnya pelajar khas ini hanya ditempatkan disekolah biasa yang tidak mempunyai kelengkapan peralatan mengajar dan guru yang mahir. Guru di sekolah biasa pula tidak dapat menunmpukan perhatian terhadap pelajar khas kerana kurang kemahiran dan juga terlalu sibuk untuk menyiapkan pelajar dengan bekalan untuk menghadapi peperiksaan awam. Akhirnya pelajar tersebut terus terpinggir dan ditindas di dalam kelas. Kurangnya perhatian guru terhadap pelajar khas kerana terlalu memnumpukan perhatian terhadap kecemerlangan peperiksaan awam menjadikan sukar untuk mencapai demokrasi pendidikan.
Nilai kejujuran pihak sekolah, guru, dan ibu bapa dalam melaksanakan bantuan terhadap pelajar. Pertama sekali kita melihat dari aspek nilai kejujuran pihak sekolah dan guru dalam melaksanakan pemilihan pelajar yang memerlukan bantuan. Kesibukan yang dirasakan oleh pihak sekolah dan guru menjadikan mereka mengambil jalan pintas dengan membuat pemilihan secara rambang tanpa menyelidiki tahap kelayakan sesuai seperti yang diminta untuk memenuhi kriteria kelayakan menerima bantuan. Hasilnya, kebanyakkan pelajar yang berkemampuan mendapat bantuan dan pelajar yang memerlukan tidak mendapatkan bantuan yang diperlukan. Contohnya pemberian komputer riba “Satu Malaysia”, oleh kerana banyak pelajar yang diminta untuk penerimaan kemudahan tersebut jadi pemilihan hanya dilakukan secara rambang sahaja. Hasilnya, pelajar yang mempunyai keluarga taraf ekonomi tinggi akan mempunyai dua komputer riba dalam masa yang sama. Secara tidak lansung, berlaku pembaziran dan pelajar yang tidak mampu berterusan tidak mempunyai kemudahan seperti ini. Nilai kejujuran pada ibu bapa pula ialah kejujuran dalam borang pengisian maklumat diri pelajar terutamanya dari aspek pendapatan bulanan. Disebabkan ibu bapa tidak bekerja dibawah kerajaan jadi mereka mengurangkan anggaran pendapatan bulanan untuk mendapatkan sebarang bantuan kerajaan. Jadi walaupun terdapat komitmen dan kejujuran yang tinggi oleh pihak sekolah, tetapi ketidak adilan turut berlaku kerana berlakunya ketidakjujuran dalam pengisian borang maklumat diri pelajar. Oleh itu nilai kejujuran amat penting untuk wujudkan pendemokrasian pendidikan.
Implikasi Kegagalan Dalam Melaksanakan Dasar Pendemokrasian Pendidikan
Kegagalan dalam pelaksanaan pendemokrasian pendidikan akan membawa impak negatif yang besar terhadap inidividu, masyarakat dan negara sementelah meneliti dan memahami bertapa pentingnya dasar pelaksanaan pendemokrasian pendidikan. Implikasi kegagalan perlaksanaan dapat dikupas dan dipecah kepada tiga komponen terbesar iaitu, individu, masyrakat dan negara.
Dari prospektif impak kepada individu merujuk kepada aspek pelajar. Impak terbesar terhadap implikasi kegagalan dalam melaksanakan pendemokrasian pendidikan ialah sukarnya untuk menghasilkan modal insan berkualiti dan beminda kelas pertama. Ketiadaan peluang dan hak yang sama rata dalam mngecapi pendidikan akan mengurang pengcungkilan bakat serta potensi sebenar pada murid tersebut. Pelajar merupakan modal insan yang paling berharga dan bakal menjadi tiang serta tonggak utama peneraju negara. Sekiranya pelajar tidak diberi dan dilatih dengan ilmu serta kemahiran yang mencukupi mereka berkemungkinan menyumbang kepada peratus yang beban yang terpaksa ditanggung negara. Kurangnya penerapan pendidikan akan menggalakan mereka terkancah dalam gejala tidak sihat seperti merompak, mencuri, menghisap dadah dan sebagainya. Jika situasi ini berlaku, negara akan kekurangan modal insan yang berguna dan menyumbang kepada generasi pelapis pemimpin negara Malaysia. Namun apa yang berlaku kepada negara sekiranya lebih banyak rakyat pelapis tidak mempunyai ilmu mencukupi ini? Adakah mereka mampu menjadi tonggak utama kekuatan negara?
Perspektif masyarakat pula menyumbang kepada implikasi yang besar sekiranya kegagalan dalam perlaksaan penemokrasian pendidikan. Pertama sekali dilihat dari sudut pengekekalan ikatan perpaduan. Seperti yang diketahui, bumiputera terdiri daripada orang melayu dan orang asli dan orang bukan bumiputera pula ialah terdiri daripada kaum india dan cina. Pendidikan pula merupakan satu tali yang menjadi penghubung kepada ikatan perpaduan kerana hanya melalului pendidikan perpaduan dapat diterapkan. Semangat patriotism dapat dibina dan dikukuh melalui pendidikan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Sekiranya pendemokrasian pendidikan sukar untuk diterpakan ini bermaknsa masih terdapat jurang komunikasi antara kaum dan seterusnya jika modal insan tanpa nilai perpaduan yang utuh dilahirkan nescaya sukar untuk mengekalkan ketamadunan seperti sekarang memandangkan bangsa Malaysia yang pelbagai. Pentingnya penerapan dasar pendemokrasian pendidikan dilaksanakan agar tiada jurang dalam perpaduan.
Implikasi dari aspek masyarkat yang berada di luar bandar tetap ketinggalan dalam aspek kepentingan ilmu pengetahuan. Sekiranya masyarakat luar bandar tidak mendapat pendedahan tentang pendidikan mereka akan terus diabaikan dalam dunia semakin maju ini. Kurangnya pendedahan ilmu akan mengurangkan tahap kecekapan kemahiran mereka dalam melakukan sebarang kerja. Masyarakat minda kelas pertama juga sukar untuk diwujudkan kerana tiadanya ilmu pada mereka dan masalah budaya tersekat juga akan terus menular kerana tiada kesedaran dan pendedahan peri penting ilmu. Masyarakat akan terus mundur kerana tidak berlaku sebarang transormasi terhadap minda yang mempengaruhi segenap aspek, cara hidup, pembawaan diri, pencarian ekonomi dan sebagainya. Masyarakat ini kakan tetap menjadi beban tanggunangn negara kerana tidak mampu mengangkat diri sendiri natijah dari kekurangan pendidikan. Justeru itu, pelaksanaan dasar pendemokrasian pendidikan harus dilaksanakan untuk megurangkan beban negara
Melihat dari sudut implikasi terhadap negara ialah kegagalan mencapai misi kudsi negara maju dan wawasan 2020. Pembentukan modal insan yang berguna bermula dari penglahiran masyarakat minda kelas pertama. Penglahiran masyarakat minda kelas pertama bermula dari aspek pemerolehan ilmu indidvidu. Sekiranya berlauku kegagalan dalam melahirkan masyarakat minda kelas pertama yang dihasilkan daripada pembelajaran yang ifektif dan berkesan. Sekiranya terdapat pelajar yang tidak mendapat peluang mengecapi peluang pendidikan yang bermutu perkembangan minda dan potensi mereka sukar untuk dibentuk dengan sebaiknya kerana tidak berlaku pengembngn potensi. Justeru itu dalam hasrat mengapai negara maju, pembentukan minda melalui pendidikan berterusan haruslah dilakukan.
Kesimpulanya, dasar pelaksanaan Pendemokrasian Pendidikan merupakan asas kepada generatif dalam melakukan transformasi penghasilan pendidikan yang lebih berkesan, adil, dan saksama dalam aspek hak dan peluang penyediaan peluang mengcapi pendidikan yang bermutu. Seiring dengan pelaksanaan akta pengwajiban ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah merupak satu dari cara Kementerian Pendidikan dalam memastikan setiap individu dibekalkan dengan pendidikan yang berkualiti. Penekanan kepada kesedaran kerajaan Malaysia tentang peri pentingnya pendidikan menjadikan pendidikan selalunya menjadi satu tonggak yang sentiasa diutamakan. Mengambil daripada tauladan Perang Dunia Kedua, apabila Jepun telah hancur menjadi debu setelah bandaraya utamanya Hiroshima dan Nagaski telah dibom oleh pihak Amerika. Namun kini negara Jepun jauh maju dan membangun kerana mereka turut menekankan aspek kepentingan pendidikan. Justeru itu, negara Jepun haruslah dijadikan satu entiti mithali atau satu aras ukuran dalam mencapai wawasan 2020.

Wednesday 7 September 2011

minda kelas pertama pidato untuk bmk saya~bikin stress sahaja

.
Sekalung kasih saya hulurkan buat saudari pengerusi Majlis, salam penuh penghargaan saya ucapkan buat tuan pengarah IPG Kampus Rajang serta para pensyarah yang sudi mengundang, salam ukwah, salam perpaduan dan salam satu Malaysia buat sidang dewan yang budiman. Assalamulaikum dan Salam sejahtera.
Teras Kedua Misi Nasional dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ialah ‘meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama’. Dalam konteks ini, para guru digalakkan untuk menambah ilmu pengetahuan, mengamalkan budaya membaca, menulis dan berdiskusi untuk merealisasikan impian negara Malaysia dalam melahirkan wargenagara khususnya modal insan yang mempunyai minda kelas pertama menjelang 2020. Menyahut kepada seruan perdana menteri Malaysia yang menyatakan peranan modal insan yang menyandang tanggungjawab masyrakat pelapis sebagai sumber penjana kekuatan negara, transformasi budaya dan peningkatan tamadun negara.
Bunga Emas tampak Berseri
Cenderamata buat sang raja
Datang bertandang tegak berdiri
Berkongsi ilmu terbuku di dada
            Berpaksikan keadilan, bersama angin yang menderu, bersama nafas yang menghembus, bersama hujah yang kukuh, hayatilah pidato saya di bawah mauduk,
Pembentukan  minda kelas pertama di bawah tema globalisasi pendidikan
Sebelum madah bersulam indah, sebelum fakta menyusur kata,sebelum tangan tarikan gaya, izinkan saya medefinisikan tajuk saya hari ini, baik secara literal mahupun konseptual agar yang kabur bisa saya jelaskan agar yang gelap bisa saya terangkan.
            Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Ke-4, Pembentukan bermaksud perihal atau membentuk sesuatu, minda pula bermaksud akal fikiran atau daya fikir, kelas bermaksud kumpulan atau golongan dan pertama pula mambawa maksud yang pertama sekali. Sudah terang lagikan bersuluh, bahawa takrifan secara konseptualnya, pembentukan minda kelas pertama bermaksud membentuk masyarakat yang mempunyai akal dan daya fikir yang berada di tahap teratas di mana sesorang individu iti mampu mengaplikasikan akal fikirannya ke arah tahap pemikiran yang tinggi, berdaya kreatif, kritis dan inovatif sehingga membawa kepada pelapisan modal insan yang berguna.
            Bagi mengulas dan mengupas perihal ini, saya akan mengemukakan lima komponen utama dalam pidato saya hari ini. Pertama kali saya akan mengupas tentang penambahbaikan sistem pendidikan yang menyeluruh. Kedua,peningkatan dalam pretasi pencapaian sekolah kebangsaan. Ketiga, pengwujudaan universiti bertaraf antabangsa. Keempat,  penyediaan lebih banyak institut kemahiran dan yang kelima, penglaksanaan program pembangunan moral yang kukuh dan budaya beretika,
            Sidang dewan yang dekat dihati,
Indikator saya yang yang pertama,ialah penambahbaikan sistem pendidikan disekolah. Menyingkap tirai perlaksanaan pendemokrasian pendidikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, telah menyatakan bahawa setiap individu tidak mengira bangsa, geografi, atau status sosial berhak mendapat pendidikan sama rata. Dengan ini penambahbaikan sistem pendidikan secara menyeluruh dan melitupi segenap aspek dari peringkat pra sekolah sehingga tertiari, baik dari aspek kokurikulum dan pengajaran sehingga kepada kemudahan prasarana dan infrastruktur sekolah terutamanya sekolah di luar bandar untuk meningkatkan taraf pendidikan sekolah luar bandar yang acapkali di anak tirikan ini. Kadang-kadang kita tidak menyedari dalam ribuan timbunan kaca terdapatnya berlian yang berharga.Peluang pendidikan haruslah dibuka seluas-luasnya dengan kelengkapan yang mencukupi agar tidak berlakunya kekangan dalam pemerolehan maklumat dalam pembelajaran sehingga berlakunya msalah pelajar yang bagaikan katak di bawah tempurung dengan tahap pemikiran yang sempit dan tertutup. Justeru itu,sebagai pemangkin yang efektif, tenaga pengajar yang berkaliber serta kemudahan prasarana yang lengkap perlu disediakan untuk melahirkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama serta mampu memikul tanggungjawab sebagai pelapis dan tiang kekuatan negara.
Indikator saya yang kedua, peningkatan pretasi pencapaian dalam sekolah kebangsaan sebagai pemangkin pemupukan minda kelas pertama. Jika kita menyingkap kronologi sejarah dalam, pendidikan dikatakan sebagai satu komponen yang penting dalam pembentukan sebuah masyarakat yang bertamadun. Sejarah tamadun islam pula mengatakan masyrakat jahiliah hidup dalam kejahilan kerana tiadanya ilmu. Jadi ilmu yakni pendidikan memainkan peranan yang dominan dalam pembentukan masyarakat bertamadun. Merujuk kepada era kontemporari ini saya mempersoalkan kepada sedang dewan yang budiman dimanakah tunggak utama untuk mendapatkan  pendidikan? Disini saya menekankan, sekolah kebangsaan seharusnya, melakukan usaha yang hetrogen dalam meningkatkan pretasi pencapaian sekolah. Pemerkasan sekolah kebangsaan secara tidak lansung akan menjadi indikator dalam mewujudkan perpaduan. Sekiranya, sekolah kebangsaan mampu melahirkan pretasi pencapaian yang baik, secara tidak lansung sekolah kebangsaan akan menjadi pilihan oleh semua kaum. Pendidikan mampu menjadi satu tali yang menghubungkan ke arah perpaduan kerana adalah lebih mudah untuk dicapai sekiranya murid daripada pelbagai kaum ini mendongak langit yang sama duduk di bawah satu bumbung. Jadi pentingnya pendidikan di tingkatkan di sekolah kebangsaan agar mampu menjadi tapak semaian perpaduan dan seterusnya melahirkan modal insan minda kelas pertama.
Hadirin dan hadirat yang dekat di hati,
Indikator saya yang ketiga, perlaksanaan program pembangunan moral dan budaya yang beretika sebagai asas generatif minda kelas pertama. Mantan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Abdullah bin Ahmad Bedawi pernah berkata “ Modal insan bukan setakat mempunyai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, tetapi juga mencakupi aspek peribadi serta akhlak yang tinggi  perlu ada pada seseorang itu”   dalam nada yang serupa memetik falsafah yang diungkapankan oleh John F. Kennedy “otak yang cerdas tiada gunanya kalu hatinya kaku”. Moral dan etika yang baik merupakan santapan yang paling indah untuk kerohanian dan peribadi manusia. Agama ibarat kompas ketika sesat di dalam hutan belantara, ibarat tepian andai terkapai di tengah lautan kerana agama yang mencukupi melahirkan moral dan etika yang baik serta mampu menjadi swadaya yang utuh lagi teguh untuk menempuh mayapada yang kian ganas menyeret mereka yang alpa ke lembah gelap lagi legam. Fikir-fikirkan.Sesuai dengan falsafah pendidikan yang turut menekankan keseimbangan jasmani, emosi dan rohani dan intelektual untuk membentuk masyarakat minda kelas pertama.
Setelah tamat indikator saya yang ketiga saya beralih kepada indikator saya yang keempat, pengwujudan universiti bertaraf antarabangsa untuk melahirkan masyarakat minda kelas pertama. Mengapakah saya mengatakan pengwujudan universiti antaranbangsa sebagai komponen penglahiran masyrakat minda kelas pertama? Marcapada ini, dunia semakin maju dan maknanya permintaan manusia sesama manusia juga semakin meningkat. Apakah yang dimaksudkan dengan permintaan manusia sesama manusia? Universiti merupakan satu indikator yang memainkan peranan penting untuk memberkalkan individu dengan ilmu yang mencukupi untuk menempuh dunia pekerjaan. Pihak institusi perlulah menyediakan tahap aras ilmu yang tinggi dalam proses melahirkan masyarakat minda kelas pertama. Kerjasama dengan institusi pengajian tinggi dan swasta perlulah diadakan untuk melihat dan menilai agar kita mampu berdiri sama renda dah berdiri sama tinggi bersama dengan institut terkemuka antarabangsa. Insyaallah sekiranya Institut pengajian tinggi tempatan mengikut piawaian antarabangsa, kita pastinya lebih bermegah dengan segulung ijazah yang diperolehi memandangkan tahap universiti tempatan seiring dengan universtit antarabangsa. Pembentukkan minda kelas pertama juga dapat di terapka dengan berkesan.
Sidang saksi bermisi, dekat dihati.
Indikator saya yang terakhir, ialah penyediaan institute latihan yang lebih banyak merupakan satu mangkin yang efektif dalam menjana minda kelas pertama. Pepatah Cina mengatakan bahawa “jika berikan mereka ikan, mereka hanya hidup untuk sementara,tetapi ajarkan mereka bagaimana menangkap ikan, mereka akan hidup selama-lamanya” . Seirama dengan pepatah Luqman Al-Hakim yang menyatakan “ Orang yang paling gagal dalam hidup ialah orang tidak cekap apabila disuruh dan hanya membuat apabila disuruh”. Walaupun dalam alunan gabungan aksara yang berbeza namun membawa pengertian yang hampir sama. Institute latihan dan pembelajaran kemahiran kepada tenaga buruh termasuk kemahiran penggunaan ICT untuk menjana masyarakat minda kelas pertama. Secara tidak lansung penubuhan istitut kemahiran akan lebih banyak mendedahkan mereka kepada pendedahan kemahiran dalam melakukan sesuatu kerja. Perlaksanaan penubuhan Institusi mampu melakukan transformasi kepada segenap masyarakat di Malaysia dalam pelaksanaan kerja. Mungkin sahaja, petani sudah tidak menggunakan cangkul lagi sebaliknya gergasi jentolak menjadi pengganti dalam melaksanakan kerja seharian.  terlihatlah scenario, buruh yang mahir dan mempunyai kecekpan dalam melakukan kerja. Justeu itu, penubuhan institute kemahiran mampu mnjadi mangkin yang efektif penghasilan minda kelas pertama.
Namun tidak dinafikan dalam perlaksanaan penghasilan minda kelas pertama, terdapat pelbagai cabaran serta persoalan yang terbenak diminda, kemampuan pihak kementerian pendidikan Malaysia dalam melahirkan minda kelas pertama. Melihat dari perspektif kewangan dan bajet yang besar dalam mewujudkan kemudahan infrasruktur yang lengkap terutamanya sekolah pendalaman. Dari aspek geografi banyak menyukarkan untuk menyerap masuk pelbagai kemudahan ke dalam kawasan pendalaman kerana timbulnya masalah pengangkutan. Masalah kesukaran pengangkutan ini bukan sahaja menyumbang kepada kesukaran untuk membawa masuk pembinaan ia juga menelan perbelanjaan yang sangat besar. Jadi, faktor kekangan yang sangat besar ini, kerap kali menjadi halangan besar untuk memajukan sekolah luar bandar terutamanya kawasan pendalaman. Memikirkan kepada penelanan kos yang besar, menimbulkan persoalan berbaloi kah menghabiskan puluhan juta untuk melengkapi sekolah yang kadang-kadangnya pelajar nya tidak sampai sepuluh orang di dalam kelas? Jadi seiapa yang harus ditunding jari? Ibu bapa yang kurang kesedaran atau kerajaan yang kurang mampu menyediakan kemudahan mencukupi? Kembali dan berpeganglah kepada pepatah usaha itu tangga kejayaan.
Selain itu, pendidikan yang terlalu berointasikan pendidikan juga menjadikan perlaksaan kokurikulum yang dirangka dengan indah tidak mampu melahirkan modal insan minda kelas pertama. Kegairahan untuk melahirkan pelajar yang pintar menghafal teori dan fakta untuk diluah dalam kertas soalan menjadikan pembelajaran ilmu itu hanya dijadikan sebagai indikator mencapai matlamat menjadi pelajar cemerlang peperiksaan. Ilmu diperolehi tidak dihayati dan jauh sekali hendak diaplikasi dalam kehidupan seharian. ilmu tanpa amali ibarat pokok tanpa buah. Penerapan nilai murni dalam sesi pembelajaran tidak diterapkan kerana terlalu taksub untuk habiskan silibus kerana matlamat sebenar pendidikan telah dilupakan. Sabda Rasulullah SAW “Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu”. Bagaimanakah rupa anda setelah bergelar pendidik kelak? Tepuk dada tanya selera.
Tuntasnya, sekiranya kelima-lima komponen utama yang telah saya kupas sebentar tadi sidang dewan pahat diminda, selitkan dihati, pahatkan dijiwa, tidak ada yang mustahil untuk dicapai.   Ibnu Mas’ud mengatakan “Tidak seorang pun yang dilahirkan berilmu, kerana ilmu itu diperolehi dengan belajar. Jadi manusia perlu sentiasa belajar”. Seiring dengan pepatah ini dapatlah saya simpulkan dengan seringkasnya, pembentukan modal insane minda kelas pertama dapat dihasilkan dengan menjadi pendidikan sebagai tali penyambung kepada sebuah transformasi yang berkesan. Saya akhiri pidato saya dengan serangkap pantun,
Dari Kuala Lumpur pergi ke Meludam,
Singgah mandi ditepi perigi,
Kini saat katakan sekian,
Moga kita berjumpa lagi.







Wednesday 24 August 2011

~coutdown raya~

Salam, sebagai kalimah pemula bicara…em, tinggal dua hari lagi saya akan berada disini..lepas tuh cuti satu minggu untuk raya.. tidak tertahan kerinduan ini kepada my papa n mama. Banyak perancangn dah dalam benak minda aku nih..benda yang ku nak wat time ngan family… em even cuti satu miggu only tp syukur tetap ada cuti. Harap raya kali nih bermakna. Hati saya nih memang takder kat sini..Cuma jasad jak ada disini…otak saya hanya fikir untuk balik jak…mak I miss u..saya hanya fikir nak balik.. em, kerap kali kol mak tanpa sebab. Rindu melonjak,,tp ngan mak tak leh nak cakap rindu2 rinduan nih… tk suker nye bile raya ngan assgment,.aduh…tp takper lah tu satu amanah dan tugas aku bakal pendidik..asuh minda ngan ilmu. Btw aku nak kongsi nih satu blog yg buat aku tersentuh dan byk bagi aku motivasi. Em citer dier lah yang aku banyak kongsi lam blog aku nih..bukan nak mencedok isi blog org lain..Cuma nak bagi motivasi kat diri nih..agar salu dan sering beringat ngan kehidupan tak selalunya indah.. agar mampu menceruk kekuatan.. Ya Allh ku pohon kekuatan luar dan dalaman untuk terus cekal kuat dan tabah diberi minda yang cerdas, dan badan yang cergas, diberi kemudahan dalam meneruskan perjuangan dan aku memohon padamu, sinarkan aku dengan ketabahan andai rintangan yang Engkau berikan ibarat sebuah lautan luas tiada tepian…izinkan aku terus tersenyum dalam kepayahan…amin…

Tuesday 23 August 2011

i love my mommy


Mak...
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari...
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih...
Mak tau tak...
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa...
dan itu juga terakhir kalinya
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh...
nak tinggal kan anak-anak mak... nak tinggal kan dunia fana ni...
Mak macam dah sedia...
Seminggu sebelum tu...
Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai...
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu...
Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih...
Kakak pun rasa hairan...
Mak tak penah buat gitu...
Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak...
Tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ...
Kengkadang siaran indonesia ...
Mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih...
Pastu mak jemur karpet-karpet. ..
Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
Mak biarkan ruang tu kosong..
Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan...

Informasi iluvislam.com

Jadilah 'blogstarz' dan kunjungi http://web.iluvislam.com untuk meralisasikannya dan dapatkan segera pakej hosting bermula serendah RM69 setahun dan promosi diskaun 50% merdeka DOMAIN .MY sekarang juga! Gunakan kod kupon MY50MERDEKA.
Paling menarik sekali mak bagitau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
Ada kat dalam almari...
Ada kat dalam dalam beg...
Ada dalam ASB...
Ada kat dalam Tabung Haji..
Mak cakap tak berapa cukup lagi...
Ada kat dalam gulung tikar...
Masa tu mak perasan takk..??
Kiter gelak sakan bila mak bagitau duit dalam gulung tikar...
Kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
Mak cuma gelak jer...
Eeemmm..bahagiaa nya saat ituu...
Mak... Hari tu hari sabtu 18 Ogos 1999 pukul 3 petang mak tiba-tiba sakit perut...
Bila malam tu kiter sampai dari KL...
Mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk...
Mak tetap takmau pi hospital...
Dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital...
Tapi kiter berkeras juga pujuk..
Nanti di hospital ada doktor...
Ada ubat untuk mak..
Kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer...
Mak tetap tak bersetuju...
Mak memang degil..
Tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk...
Mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
Kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital...
Mak...
Ampunkan kami semua...
Kami nak mak sehat...
Kami sayang mak...
Kami tak mau mak sakit...
Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital...
Ampunkan kami yer mak...
Mak... Malam itu abang bawa mak ke hospital
Dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak
Kiter kata nak beli kereta...
Mak asyik tanya ajer..
Cukup ker duit..
Kiter jawab pula...
Kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
Mak gelak ajerr...
Lepas tu bila kereta kiter sampai...
Mak buat kenduri kesyukuran...
Dan kiter masih ingat lagi...
Bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor...
Punya la kiter takut...
Kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak...
Bila balik sahaja kampong...
Kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj...
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
Mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga...
Mak...
Tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
Mak, kiter menipu mak kan ...
Ampon kan kiter...
Mak...
Jam 4.30 pa gi 19 Ogos 2006
Bila tiba aja kat hospital...
Nurse tengah balut mak dengan kain putih...
Mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak...
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak...
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
Mesti mak nampak semua tu kann... kann... kannn...
Mak tau tak...
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
Jalan di depan terasa makin kelam...
Airmata dah tak mampu di tahan...
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
Di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
Kosong...sekosong hati ini...
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya...
Terasa syahdu dan sayu...dinginnnn...
Mak...
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ...
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi...
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak...
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan...
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter...
Dia kata... "dikk...jangan nangis... kalau sayang mak jangan buat gitu... jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
Lagi laaaa... laju airmata ni..
Tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak...
Mak...
Sampai takat ini surat ni kiter tulis...
kiter nangis ni...
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi...
Takder orang yang bangun lagi...
Kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
Kiter rindu kat mak..!
Takpa la...
Nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
Kiter baca yassin untuk mak...
Mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya...
Semua anak-anak mak mengelilingi mak...
Menatap wajah mak buat kali terakhir...
Semua orang kata mak seolah-olah senyum aja...
Mak rasa tak...
Masa tu kiter sentuh dahi mak...
Kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk...
Kiter tak mampu nak cium mak...
Kiter tak daya...
Kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan...
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
Tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak...
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah...
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
Badan akak terasa panas...
Makk...
Anak mak yang seorang tu demam...
Mak tauu...
Cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak... Hari-hari ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
Boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap...
Masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan...
Entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar-gambar mak pastu apa lagi...
Semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
Tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...
Kiter cuba bertahan...
Memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
Nak cakap dengan mak...
Anak mak yang ni dah tak betul kan ...????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata... "tak baik laa nangis aje.. doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis...
Mak tau tak..
Di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
Rasa nyilu sangat...
Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni...
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
Hanya sedekah al-fatihah kiter berikan...
Mak...
Cukup la sampai sini dulu...
Kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu...
Kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
Selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ...
Kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
Esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula...
Mula-mula kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
Pastu kawan kiter bgtau...
Simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak
I LOVE YOU SO MUCH
Dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
Memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
Sampai masuk universiti..
Sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
Boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil

kopi masin


Dia baru sahaja tamat belajar dan kini telah bergelar seorang doktor. Masih bujang dan tercari-cari seorang isteri sebagai teman hidup.
Pada suatu hari, ketika sedang minum di sebuah kedai kopi berdekatan dengan sebuah sekolah tahfiz di Lembah Beringin bersama seorang rakannya yang hafaz Quran, dia terpandang seorang gadis yang sungguh cantik.
Dengan wajahnya yang tenang dan penampilan solehah, gadis itu sungguh menawan.
Si doktor dan si gadis bertentangan mata, tetapi dengan segera kedua-duanya mengalihkan pandangan mereka.
"Astaghfirullah," bisik doktor itu perlahan. Dia sedar itu panahan syaitan. Si gadis sedang minum-minum bersama dua orang rakannya.

Informasi iluvislam.com

Jadilah 'blogstarz' dan kunjungi http://web.iluvislam.com untuk meralisasikannya dan dapatkan segera pakej hosting bermula serendah RM69 setahun dan promosi diskaun 50% merdeka DOMAIN .MY sekarang juga! Gunakan kod kupon MY50MERDEKA.
Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah ini! Secara tiba-tiba si doktor menjadi gugup, berdebar-debar dan serba tidak kena. Ingin sahaja dia menyunting gadis ini sebagai isterinya.
Doktor tersebut berbisik kepada rakannya yang hafaz Quran itu, "Kau kenal ke gadis itu?"
"Kenal. Dia sungguh berbudi bahasa. Dan masih belum berpunya lagi," jawab rakannya sambil tersenyum memahami. Aduh, bertambah guguplah doktor muda ini!
Tiba-tiba, datang pelayan meminta order, dan dia secara spontan berkata,
"Berikan saya kopi masin!"
Semua orang memandang dan melihat aneh kepadanya, termasuklah rakannya, pelayan dan gadis tersebut. Mukanya mendadak menjadi merah, tetapi dia tetap tidak mengubah pesanannya, dan setelah kopinya sampai, dia terus meminumnya.
Kehairanan, rakannya bertanya "Mengapa kopimu mesti masin, sahabatku?"
"Saat aku masih kecil, aku tinggal di tepi laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di situlah tempatnya aku dapat rasakan air laut... masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini," jawab lelaki ini.
Tanpa disedari, gadis cantik yang duduk di meja bersebelahan mereka mendengar kata-kata si doktor tersebut. Gadis ini terharu. Itu adalah hal yang sungguh menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang lelaki yang mengungkap kerinduan akan kampung halamannya.
Dia pasti lelaki itu adalah seorang yang menyintai dan mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Dia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Jika dia seorang abang, pastinya dia seorang yang sangat menyayangi adik-adiknya. Bertuahlah siapa yang menjadi isterinya.
Setelah peristiwa tersebur, si doktor ini meminta rakannya merisik gadis tersebut. Pucuk dicita, ulam mendatang. Setelah mengetahui rombongan merisik adalah mewakili lelaki yang ditemuinya di kedai kopi tempohari, si gadis yang pada ketika itu hampir tamat pengajian di sekolah tahfiz, menerima si doktor ini sebagai teman hidupnya dengan hati terbuka.
Seperti kisah cinta yang indah, Allah mengurniakan ketenangan di dalam rumah tangga mereka. Mereka hidup bahagia, saling menyanyangi antara satu sama lain, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Cinta yang berputik setelah perkahwinan, terus kembang mekar seiring dengan ketaatan mereka kepada Yang Maha Pencipta. Dan setiap kali si isteri membuatkan secawan kopi buat suaminya, dia tidak lupa membubuh sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu, itulah kesukaan suaminya.
Setelah 40 tahun hidup bersama, si suami meninggal dunia. Dia meningalkan sepucuk surat buat isterinya.
"Sayangku, sepanjang tempoh kehidupan kita bersama, abang telah sentiasa jujur terhadapmu, tetapi maafkan abang untuk satu perkara. Maafkan kebohongan yang telah abang buat sepanjang hidup abang. Inilah satu-satunya kebohongan abang kepadamu - tentang kopi masin. Kamu ingatkah di saat kita pertama kali bertemu? Pada ketika abang sedang minum kopi dengan Ustaz Syakir, di maahad? Abang sangat gugup pada ketika itu. Sebenarnya abang inginkan kopi manis. Tetapi abang telah tersebut kopi masin. Waktu itu abang ingin batalkannya, tetapi abang terlalu gugup di hadapanmu ketika itu, maka abang biarkan sahaja. Abang tidak pernah menyangka itu akan menjadi awal perkenalan kita. Abang telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu..abang telah mencuba beberapa kali sepanjang hidup abang...tetapi abang tak sanggup melukakan hatimu..
Sekarang saat kamu membaca surat ini, abang sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu abang bimbangkan, maka abang akan menyatakan ini kepadamu: Abang tidak menyukai kopi masin. Tapi sejak mengenalimu, abang selalu minum kopi masin yang kamu buatkan sepanjang hidup abang. Dapat berada di sampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidup abang. Jika abang punya kesempatan untuk menjalani kehidupan sekali lagi, abang akan tetap berusaha mengenalimu dan menjadikanmu sebagai isteri abang walaupun abang harus minum kopi masin sekali lagi."
Sambil membaca, air matanya membasahi surat itu.
Suatu hari, seseorang telah bertanya kepadanya, "Bagaimana rasa kopi yang masin?"
Dia dengan pastinya menjawab, "Rasanya manis sekali."
Begitulah kisah bahtera cinta yang antara dua insan, dalam pelayaran menuju cinta Tuhan.