Thursday 14 April 2011

~diari inspirasi 6 11.59 pm~

bad day T_T...ermm...aku g hospital today but ,doktor also have no idea with my alergic!..wat should i do????...uwaaaaa....makin teruk meh...alergik ni bila menyerang..trus buatkan badan aku rasa lemah2 n pening,,,sampai saat ini aku rasa mok demam!..aduhhhh...maybe , cara kehidupan ctuk menyebabkan stress hingga timbul pelbagai penyakit...tp mggu tuk aku nekad x pulang,,biar apo berlaku!!!..hahha.by the way..aku dilantik menjadi AJK peralatan asrama ..hahaha...boleh diharap ker >_<...takper2...kita cuba yukk +_*..mana tau,,,besh!by the way,,,i miss my ngek damn mmuch bha!!also my bocam, my belacan n my kasam!!!>...<mak doakan aku sembuh ya...T_T..yg best nya we all kumpul rami2 n mbukak seperah makan berjemaah malam tuk,.,aku xdo kelas sepanjang hari,,demam+alergic= cant stand!..esok jumaat koh..aku n da geng akan menyerbu sibu!!,,,sibu here i come!!!b ready,,ok lah,,ngantuk sudah mau zZzZZZ +0+~~..gudnite u all g....semoga esok lebih menyeronokkan,..miss my ngek,,love u all n ngek! by ell mina2

~sNaP-sNap rAbu~

*wAt ePpY dAy wIth 
*mRs jEbILah, Net, FafA(mE) AnD ILa
^__^
* 7.00 a.m (masa tuan haji olen)
terlibat: Jebilah, Net and fAfa..(Lydia d balik tabir jak)
1) first: rebut roti paun coklat (me n JEbi) haha^^,
&
akhirnya...


*thennnn...
bila kenyangggg..





* sempat main teka nama dengan jebi.,,
sambil wat muka boring
hahaha *_T

*sempat juga ambik nota dengan tulisan doktor =,=!


tAmmAt bAbak 1
***
*babak 2
* pelakon: fafa, net dan ila (jebi pelakon tambahan)
3 budak buang comel tabiat
*1,2,3!!! aCtIoN!!!
1) Ila yang comel.......

2) nEt matu yAng aYu

*kenapa main sorok2..???

* Jepa@fafa@ell mina2 waka2@Me yang NGEK!


2) kengekkan kami berterusan..



* disebalik tabir...???/

* ada 3 model tgh wat show free..hahaha
anda mau lagi??
posed lebih mengancam...
* model utama..^^
snap2 lagi!!
*waaaaa..kantoi sudah!
oppss...ada lagi!

*posed rekan kedirik..
snap2..fafa
messaging!!
* abi MeseJ
snapp2 zassss!!
*malu nya,,,,,kena tangkap escape!
fuhhh..ada lagi!

*ada lagii

*tunggu rombongan meminang!
*,,,waitttt...ada lagi

*amazing!!give kreadit to uus!!
hehehee..one more plzzz

*sepacial u pakm mail, saya fafa dari kabong berjanji 
tak pakai stoking pink lagii...
tengok...stokin saya putih  hehehe ^_^
~tammat~
hari rabu berakhir dengan parti
di kelas!!

dan dirasmikan oleh

*YB JALIR PAKAN!!
*itu sahaja
Tammat sepenuhnya...
jumpa lagi kawan2



created by
 ell mina2 waka2 EA2
PPISMP BM 1


Wednesday 13 April 2011

coret2 jak

tdur awal...
tak sihat lagii...
esok perlu ke klinik
harap semuanya berjalan dengan baik
tertangguh niat untuk mencoretkan 
aktiviti snap2 aku ila, net dan jebi!..
kisah koem juga tak dapat'
penig bebeno kepalaku
so.,,
better sleep early
aku nak sihat!!
nak join g sibu.....
plllzzzz...
permudahkan segala urusan
***




created by,
ell mina2 waka2

Tuesday 12 April 2011

~once upon a time di kafe~ ^_^

long...long....long..time a go...
chewah..hahah
pekara ni berlaku di kafeteria kampus rajang..
ke ngekkan my friend along EE suami kepada FIFI alwy...
look at this..


lengn baju ku yang di tebuk menggunakan pucnh kertas
telah sedia di masukkan ke dalam folder..
hasrat aku nak try test..
ceh...tertebuk la pulak! aiyoooo

kesian baju saya,,
aiyoyouo..
ingat nak jimat...
nyunsung mak aji,,,,
nak tengok muka aneh ini??
pastikan anda tiada penyakit lemah jantung..:
saksikan:

p/s...inilah wajah anak riang kurang kasih sayang...kesiann
ini lagi tragis!!


p/s:inilah nasib adik yang kurang perhatian...adik siapa lah ni.,.sila tuntut!!hehehe

sejak hari tu,,,
saya trauma dengan adik EE,,hehehe'
takut semua baju saya akan berkelayakan untuk 
dimasukkan kedalam folder..
jangan marah EE..
sekian,
TAMMAT
****

P/s: Nantikan kemunculan wajah2 koem!


story by:
nursafawati saupi
ppismp bm1
producer:
along EE


diari inspirasi 3 11.16.pm

bakat terpendam !!
budak matu tunjuk bakat
daus pusak (exsen jak lebih)hik..hik^__^

Along EE..erm..muka jak ghaok..tp men guli kalah ngan aku!haha
wah,,,saya menang!!Kak do n gira~


majlis perasmian (jalir yb jemputan)
hehehehe~wat a hepi day...kami amali Pj hari ni.,main guli n layang2. time main guli tadi aku dapat tunjukkan sedikit bakat yang terpendam selama ini (mode loba) hahahaha..bestttt giler sampe menari2 aku..hahahah^_^..sedangkan daus anak sejati pusa pun xdapat lawan,.hikhik (sombong!!)tp sdih nya aku kalah ngan bhen2 n gira..mun lah aku adalah aku yg kecik dolok cissssss..gampang jak setakat gira ngan bhen!sekali petik jari jak,,hahah..yalah aku akan wakil dalam pertandingan guli peringkat kebangsaan waktu kecik2 dolok..kinek x gik..dah bersara dengan bergaya...(sempat juak posed) n yang palin terer njerat ramak (my sifu bocam n kasam )...rindu ngan zaman muda-mudi dolok..enjoy jak hidup macam xdo poblem jak,ari tuk pun mek org main layang2...hahahaha...lawak.,stewart (group congkak) ndang penuh bersemagat dan maskulin narit benang,,,sampe putus!xsampe 45 saat pun nya main..hahahah,sian pak ewart..then roy pun xmelepas peluang main juak,  hahahah...at first memang terer jak rupa sampe habis satu padang di pusing,,kononya ncarik angin..hahah..sambil berlari di iringi siti haja,,,@ajot...semangat bebeno..hikhik^_^...tp roy pun layang2 lagi lawak.. terhempas mencecah bumi dngn posed bergaya,,,kesian~~anyway...nice try,,hehehe,,.nha,,,,ini juara kita gira egai,,org laki mantap dalam segala perkara,,hihi.,sukan hebat guli hebat main layang2 pun berbakat,,memang juara lah,,,solute n creadit for gira egai!!yuhuuuu..by the way!!elaun dah masukkk,,,syukur bha~~xsusah gilk rasa hati tentang duit gk,,we all dah merancang nak bermalam di rumah kak do dan kasi gegar hujung minggu tuk,,,shopping sakan plus brjalan non stop!!g bukit aub juak! farid ariffin lh pemandu pelancong yang tak diiktiraf dengan sijil..hahah..harap menjadi lah rancangan,.,,amin,..opppppzzzzz..bru teringat esok rabu,...uwaaaa..baju kelabu koh....malas..dah la bangun awal..x ukup tdur..help!...help!!em pak marul ayah yang penyayang pun masuk..yobih,perlu siap sedia nih...bila sebut nama pak marul teringat ngan latihan mnulis budak darjah 1 yg belum siap...peristiwa lama berulang lagi~~waaaaa...dh lah hari ya malu sebab gagal menulis dengan sempurna,,trus kena cop x lepas sijil tabika...,kesian aku..kih2...okeyh.,,,by the way,,i need to go..lah....my katil n bantal is kolling...need to sleep...zZzzzZZ,,,,^_^..miss my bocam (abg mat) miss my kasam (abg roy) n miss my lovely bro ( belacan!)..miss my boss MUM n MY bOliau PAPA.!!!also miss my NgeKK...eermmmm.,,forgot bout my memew!!!...love u too....wassaalam!
sengit!!merebut glaran juara!!

wakil kabong!!


p/s :sori kalu nak gambar lagi pergi tuntut kepada saya sendiri!!



crated by,
shamina waka kabong EA,EA
PPISMP BM1






ITU KEJAM!!!!

Ibu,
Itu kejam!
Dalam dakapan aku kau tinggalkan,
Sepi tanpa kasih sayang,
Kau diragut pergi tanpa kerelaan,
Penuh ketragisan..
ayah,
itu kejam!
Mengapa aku ditinggalkan
Engkau yang pergi berjuang!
Engkau yang pergi menentang!
Kini nyawamu hilang melayang,
diragut kerakusan,
sebuah peperangan!
Saudaraku,
Itu kejam!
Kamu juga tidak sudi menjadi teman,
Dalam menempuh hidup penuh suram,
Tanpa kasih tanpa pelindungan,
Kerana nyawamu kini 
sudah menjadi taruhan..
Dunia,
Itu kejam!
kau ragut segala nyawa yang ku sayang!
kau ragut tempat aku jadikan pelindungan!
menjadikan aku bagaikan layang2 putus pertimbangan!
aku insan yang baru membuka mata,
melihat dunia hilang kemanusian,
dan kini aku,
hanya menunggu ajal,
menyeru ketibaan...


NUKILAN RASA,
NURSAFAWATI SAUPI
PPISMP BM1
KAMPUS RAJANG

Monday 11 April 2011

diari inspirasi 2 (10.30 pm)

aku sudah mampu menghembus nafas lega~..benarlah pepatah menyatakan yang benar pasti akan menjelma jua.. dan aku berterus terang hari ini kerana aku di pihak yang benar. Today, kami org amali Pj mengejut!! tp syukur..result ok jak..hahaha..semua kamboh mencari pergerakan masing2..also me la..nerves sampe lupa step.nasib pak mail ya baik n bertimbang rasa..kelas slow jak rituk..tapi sampe ke petang.,penattttt I=0=/ mengantuk sali jak asa.then today,.mek org belajar tentang kbudyaan,,i meen tentang cara bernazam..seloka syair..honestly aku tertarik dengan seni kebudayaan entah mungkin sebab ku rasa semua ya ada .
tarikan tersendiri..hehehe...^-^,,cutti pun tak lama lagi,,tengah hadapi konflik.balik or ikut kawan g kuchg???ermmmm..semua nya masih dalam pertimbangan~~ and about my lovely ngek....still k.o..entah lah...maybe, nya rasa lebih ok without me..hahaha..enjor ur life jak..let it go...malas nak fikir.,by the way,,,chow dulu...wasalam

~mY sELf~mY w0RLd~mY LiFe~

Aku, Nursafawati Binti Saupi dan lebih dikenali dengan panggilan Safa, Fafa or Ell Mina2 waka2 (gelaran kawan satu kampus). Mungkin sudah disuratkan aku mempunyai banyak gelaran. Dalam keluarga aku di panggil dengan pelbagai gelaran. Dulu2, sewaktu masih budak2 aku dipanggil "Yak Nor" , Yak Isa"..tapi sekarang aku dipanggil "kakak" oleh ibu dan ayahku tersayang kecuali abang ku sahaja yang tetap memanggil ku dengan gelaran lama. Yang uniknya..nama panggilan ku semakin disingkatkan semakin akau melonjak dewasa. waktu sekolah rendah, aku dipanggil Safawati, sekolah menegah aku dipanggil Safa dan bila melangkah ke kampus Rajang aku dipanggil Fafa. Mengikut takrif kamus dewn edisi ke 100 Nur bermaksud cahaya dan safawati bermaksud kesucian.. Walaupun aku tidak sesuci mana namun nama ini menjadikan aku sentiasa meletakkan kesucian sebagai tonjak utama dalam kehidupan (maruah).


Aku dilahirkan dalam keluarga sederhana dan serba kekurangan dari segi kewangan namun penuh dengan limpahan kasih sayang. Tangan ibu dan ayah telah menjadikan aku seoarang insan yang bukan sekadar begelar manusia. Aku mempunyai dua orang abang dan seorang adik lelaki. Merekalah pengawal peribadiku semenjak kecil selain daripada ayah dan ibu. They are lovable. Dilahirkan dalam keluarga yang dikelilingi lelaki menjadikan aku berpenampilan sedikit kasar dan aktif dan suka sesuatu benda baru dan pantang dengan cabaran. Aku tidak suka mengawal prilaku dan suka menjadi diriku sendiri. Tidak kisah dengan pada persepsi mata yang melihat dan memberi penilaian. Kadang2 aku aneh dan berprilaku pelik! hahaha...n thats mean i was damn bored! Aku tak dapat hidup dalam keboringan dan kesunyian!! boleh membuatkan aku menitiskan air mata.
Dan kini siapa sangka aku bakal seorang guru berkat mulut masin ibu yang tak pernah2 lekang mendoakan aku untuk begelar pendidik. Ku akui guru adalah cita2 ku semenjak dibangku sekolah lagi. Namun setelah melonjak remaja minat ku baralih arah. Aku meminati bidang kewartawanan (Juru acara Program Kelab disney Malaysia). Ini kerana aku menyedari diri sendiri yang suka bercakap, suka sesuatu yang mencabar, travelling dan sukakan budak2 dengan permainan nya sekali!! Tapi aku ditakdirkan untuk menjadi seorang guru! Aku tidak pernah menyesal namun, bersyukur kerana dikurniakan peluang ini dan aku amat berharap aku mampu menjadi seorang guru yang menghasilkan manusia yang mampu mengegar dunia!!

menyesal by 6thsense

Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri
Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku
Hanya dirimu
Tulus cintaku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku

Sunday 10 April 2011

kehidupan!!

kehidupan!
itu pelayaran...
dan kau nakhoda yang menetukan
arah perjalanan...
kehidupan!
itu pentas drama..
kau lah pelakon utama,
kau juga pencipta skripnya,
namun hujungnya,...
hanya di tangan Pencipta..
kehidupan!
ibarat lukisan
kau corakkan dengan warna-warna
mengikut rentak tangan.
namun mutunya engkau tentukan...
kehidupan!
banyak halangan!
banyak rintangan!
banyak tangisan!
banyak juga dugaan!
namun kehidupan itu anugerah
teragung yang dikurniakan....

diari inspirasi 1 12.07 a.m

kehidupan penuh dengan halangan yang tidak pernah putus..hari ini adalah saat getir ku..kerana esok akan menentukan sama ada kehidupan aku selama lima tahun begelar pelajar akan berakhir dengan ketenangan atau esok bermula kisah duka sebuah kehidupan penuh kesakitan aku disini.namun akau berharap Allah owes beside me n make me strong to face the challangers that comes. andai takdirnya esok adalah satu hari malang buatku, aku terima reda. by the way...sepanjang mggu lalu banyak episod duka dari suka..banyak tanggis dari senyuman.,,i feel like i lost everythg dat i have..stress wit life..my study, about money, bout love n friendship. but i still syukur koz half of my work is finish. then bout money,,,i got problem with elaun~~!..duit aku hanya tinggl 15 rggt for this week~~...then bout love.,.erm..it was hard.koz i dunt know wat the ending it should be??break or go on...just pray for a goodness!!.ermm....itulah kehidupan..tapi disebalik kesusahan aku bersyukur kerana dikurniakan rakan2 yang ibarat keluarga..hampir sahaja aku menitiskan air mata bila rakan sekelasaku mnghulur kan wang..aku tau..saat dan tika ini.,kami kesuntukan wang..masing2 mengeluh tentang wang!!!nmun mereka sanggup berkongsi kepayahan yang aku alami.~~thanks friend!!!walaupun mulut acapkali mengeluh, dan ingin keluar dr tempat menyiksakan ini secepat mungkin, namun aku pasti disaat perpisahan nanti akan menitisnya air mataku..kerana anda semua tiada ganti!!k lah..mau tdur dulu,,,nite...wish m all the best!!

kekuatan wanita

Jika kita mengkaji kisah-kisah para wanita di zaman Rasulullah s.a.w, kita akan dapati mereka adalah wanita-wanita Islam yang sangat hebat. Zaman Rasulullah s.a.w dikenali sebagai zaman generasi Quran yang unik.  Keunikan ini tidak hanya terbatas kepada kaum lelaki Islam, bahkan di kalangan wanita Islam juga tertonjol  keperibadian yang cemerlang  yang sukar kita lihat pada kebanyakan wanita Islam pada hari ini. Apa uniknya pada mereka dan tidak pada kita? Mereka ini adalah wanita yang sangat berani menyatakan kebenaran, proaktif, pandai berhias dan melayani suami, sabar dan tenang, kuat tubuh badan, bijaksana, lantang menyatakan pandangan sesuai dengan masa dan ketikanya, mampu mengawal emosi, malu dan sebagainya.

Wanita sering dikaitkan dengan emosi dan perasaan. Bahkan ia adalah fitrah seorang wanita yang mana jika didorong oleh iman dan akal yang waras ia akan menjadi rasional. Sebaliknya jika didorong oleh nafsu, maka binasalah ia. Namun dunia hari ini penuh dengan cabaran dan tekanan hingga menjadikan wanita  sukar untuk mengawal emosi. Contohnya tekanan di tempat kerja dan anak meragam menjadikan kita rasa cepat marah dan kurang sabar terutamanya ketika penat dan sibuk. Mari kita lihat contoh seorang sahabiah yang mampu mengawal emosinya dalam berhadapan dengan ujian.
Secara ringkasnya, kisah Ummu Sulaim, seorang wanita yang amat teguh pendiriannya terhadap Islam. Ini dapat dilihat apabila suami pertamanya mengajak beliau kembali kepada agama yang asal dan beliau enggan berbuat demikian sehingga sanggup berpisah dengan suaminya. Setelah suaminya meninggal dunia, beliau telah dilamar oleh Abu Talhah yang mana pada ketika itu Abu Talhah belum memeluk Islam. Abu Talhah telah meminangnya dengan mahar emas dan perak. Lantas wanita hebat ini berkata, “Aku tidak berhajat kepada dua benda ini, akan tetapi maharku adalah Islam. Sekiranya engkau terima, maka aku tidak berhajat kepada perkara yang lain”. Akhirnya Abu Talhah bersetuju dan berkahwin dengan beliau.
Hasil perkahwinannya dengan Abu Talhah, beliau dikurniakan seorang anak bernama Abu Umair. Suatu hari, ketika suaminya keluar bermusafir, anaknya telah ditimpa sakit yang akhirnya membawa kepada ajalnya. Ummu Sulaim telah memandikan dan mengkafankannya. Selepas itu beliau berkata kepada ahli keluarganya, “Biarlah aku yang mengkhabarkan berita tentang kematian anakku ini kepada suamiku”.
Sekembalinya Abu Talhah dari bermusafir, dia bertanyakan khabar anaknya itu. Ummu Sulaim dengan tenang menjawab, “Anak kita berada dalam keadaan aman”. Apabila menjelang malam, berkata Ummu Sulaim, “Wahai suamiku, andaikata seseorang itu diberi pinjam sesuatu barang, kemudian empunya barang itu minta dikembalikan barangnya, patutkah dia tidak mengembalikannya?” Jawabnya: “Tidak”.
Kemudian Ummu Sulaim dengan tenangnya berbicara, “Sesungguhnnya Allah telah mengambil semula apa yang dikurniakan kepada kita, anak kita telah pun diambilnya kembali”. Pilu hati Abu Talhah mendengar kata-kata isterinya itu, namun dia redha dengan takdir Allah.
***
Lihatlah betapa tabahnya hati seorang ibu dalam menghadapi detik-detik kematian anaknya dan betapa bijaknya dalam menyampaikan khabar duka itu dengan menggunakan kaedah yang menarik. Begitu juga dengan kekentalan imannya sehingga sanggup berpisah dengan suami yang dicintainya dan menukarkan emas dan perak dengan Islam sebagai maharnya.
Selain itu, kita dapati wanita-wanita Islam di zaman itu, hebat dalam menyuarakan pandangan mereka apabila seorang sahabiah bertanya Rasulullah s.a.w, tentang bagaimana mereka boleh mendapatkan pahala jihad sedangkan mereka tidak dibenarkan untuk keluar berjihad sepertimana kaum lelaki.
Satu lagi kisah menarik adalah seorang sahabiah Khaulah binti Tha’labah bertegas untuk mendapatkan haknya apabila beliau tidak mahu berganjak selagimana Rasulullah s.a.w tidak putuskan sesuatu dalam isu rumahtangganya iaitu zihar. Begitu juga Saidatina A’isyah r.a terkenal dengan kebijaksanaannya terutamanya dalam  meriwayatkan hadith dan mengajar kepada kaum muslimin
Begitu juga halnya dalam urusan jihad. Ketangkasan Khaulah Azwar telah menggemparkan angkatan muslimin dalam peperangan menentang bangsa Rom. Sekilas pandang sahaja, tiga musuh menyembah bumi. Khaulah ibarat singa lapar menerkam mangsa. Dalam perang Uhud pula, Nusaibah menjadi perisai Rasulullah s.a.w yang sanggup menjadikan tubuhnya sebagai sasaran musuh-musuh Allah. Kekentalan Sumayyah dalam mempertahankan imannya sehingga beliau memilih kesakitan di dunia berbanding keperitan neraka. Beliau terkenal dalam sejarah umat Islam sebagai wanita pertama yang syahid.
***
Setelah kita melihat beberapa contoh di atas, kehebatan mereka bukanlah disebabkan mereka ini memang semulajadi hebat semata-mata. Tetapi, kehebatan mereka ada faktor dorongan yang menjadikan mereka ini bertambah hebat. Faktor yang utama adalah keimanan yang mantap dalam jiwa mereka serta jati diri yang tinggi terhadap Islam sehingga terserlah kepada keperibadian mereka dalam kehidupan. Kita amat yakin bahawa akhlak seseorang itu samada mulia atau buruk adalah cerminan dan penzahiran kepada iman seseorang. Tujuan Rasulullah s.a.w diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia. Ini dinyatakan dalam sabda Rasulullah s.a.w
Hanyalah aku diutus (oleh Allah) untuk menyempurnakan akhlak.” (HR.Ahmad, lihat Ash Shahihah oleh Asy Syaikh al Bani no.45 dan beliau menshahihkannya).
Apabila iman yang mantap sebati dengan fitrah, kemampuan, dan tanggungjawab seorang wanita akan melahirkan wanita yang hebat dan cemerlang. Neraca dan nilaian seseorang itu hebat bukan disebabkan cemerlang dalam kerjayanya mendapat pangkat yang tertinggi, atau mempunyai harta yang banyak atau kata-katanya berjaya mempengaruhi ramai manusia atau cemerlang dalam mengurus rumahtangganya dan sebagainya. Tetapi selagimana ia tidak disulami dengan erti iman dalam apa jua niat, perkataan dan perlaksanaa, hakikatnya ia tidak bernilai dan hanya bersifat sementara walaupun pada pandangan manusia ia  hebat.