Monday 16 May 2011

~siapa itu power rangers????~


siapa itu Power Rangers??
insan2 diatas?
~heheh~
jawapanya betul
tp tu power rangers dalam drama
hero dunia..
tp di dunia realiti ni juga ada
Power rangers
lebih tepat lagi 
di IPG Kampus Rajang,,
terdapatnya
5 wanita ayu
yang menggelar dirinya sebagai
POWER RANGERS!!!
wahhh2 -,^/
hebatnya mereka ni!!!!
dimulkan cerita
Power Rangers ni terdiri daripada 
5 org adik beradik
dr pelbgai latar belakang
dan ditemukan di IPG KampuS Rajang 
dengan misi
"menjadi GURU yang mampu membina INSAN"
so..siapa insan  "TUA IJA" itu?
mari kita terjah 
insan2 ini..

*Ahli yang pertama ialah :



* ini Nurul Syazwani Awang Noordin*
cina bintulu sesat
lahir pada 2 April 1992
kakak sulung kami
hobi: melalak dengan lagu korea
&
makan2
kerja: mengarah jak..maklumlah yg sulung..hehehe
walau jahat tahap dewa...tp 
paling baik tahap buk peri...
kakakaka ^,^
inilah roomate saya untuk 
5 tahun..
along yang baik hati!
hehe
kepada along: ganas sikit kalu nak tagih duit
bagi malu kaum "along" jak hehe

*ahli yang kedua*



: Siti Nadzirah Yusof:
lahir pada 15 Jun 1992
paling kecik di kampus kami
yang paling baik
dalam kumpulan kami
pendiam tp kalu bersuara pecah prut ktawa
asal limbang
kerja nya bergambar jak...
akak numb 2 hehehe
pari2 kami ni
hihi
boleh bha kalu engkau
kalu bukak almari 
akan mempamerkan koleksi baju cantik
& comel
& tak dpat dikongsi heheh

*Ahli yang ketiga*


:Lydia Noh:
isk2...yang dari matu ni paling hebat:
lahir pada 27 Julai 2011
akak yang ketiga..
walau bertubuh kenit
cissssssss!!!
pembuli rangking no 1..
hobinya membuli
& mencari labi2 di kolam A,b atau c..
tp akan terdiam sepi
seandainya terjumpa NOVEL
menjiwang jak kerja
kononnya:
"aku tak perlukan perhatian hanya kesetian"
word paling popular
dan kata nya lagi
" selau bergayut menambahkan radiasi"
inilah keanehan tukang masak kami ^,^..hihihi

*ahli yang keempat*


:Heleni Sufiana Yahya: 
a.k.a TELEN
hehe..ni yang paling best
ni kakak yang numb 4
mangsa buli kepada Lydia noh a.k.a net
hobi: tidur & "mandi"
perkataan kegemaran "legitsako"
hehe
ini adalah ahli yang paling aneh
dan yang paling selalu dibuli
walau dia mempunyai rangka tulang yang 
paling tinggi
hidup nya simple
kalu bangun dia makan
kalau boring dia nyanyi
kalu pejam dia tidur lah tu zzzzzz
walau brutal
jiwang tetap ada
peminat setia
muzik rock kapak ^_^

*ahli kelima*


:Nursafawati Binti Saupi:
ni saya nih..si tukang cerita
yang paling bongsu..
hahaha
pembantu pembuli lydia noh
tukang cuci pinggan
hanya tau berkata
"ul lapa (sambil molah muka kesian)"
peminat nove juak
thats all~

ini kisah kami Power Rangers


ni masa annual dinner,,kami ambik cuti mc hehehe


* ni hobi kami bersama merayau2..
hehe..
mencari ketenangan di jiwa
kalau elaun keluar...
muka kami pasti menjengah parkson
or..everise sarike
hahaha..
inil lah famili saya disini...tempat
saya bingung bersama
by the way "ul kamek lapar ~0~

sekian lok
saya ell mina2
melaporkan
^^,


Monday 9 May 2011

Kasih dan Cinta dalam Islam

“Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang
bercinta di tanya, “Apakah kau menyintai atau
sedang bercinta dengannya?”, maka
dijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apa
sahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorang
pasangan KAZZAB (penipu)”
______________________________________
“…Rasa hormat adalah asas penting menjalin
hubungan cinta yang suci sesuai dengan aturan
Allah swt. Hormat kepada perintah Allah, ajaran
Rasul serta hormat ke atas hak dan maruah di
antara pasangan amat dititik beratkan ke arah
satu hubungan yang berkekalan.
Seorang lelaki yang jujur terhadap cinta dan kasih
sayang yang terjalin terhadap seorang wanita
tidak sewenang-wenangnya menyentuh tangan
wanita atau memegang erat tubuhnya. Wanita
bukannya objek yang boleh diperalatkan.
Jika ini terjadi, seorang wanita perlu berfikir,
apakah pasangan seperti ini mampu melindungi
dan menjaga maruahnya apabila berkahwin
nanti?
Jika hari ini haknya tergadai kerana seorang yang
dinamakan kekasih, apa kesudahan yang bakal
berlaku satu hari nanti?…”
______________________________________
Istilah cinta amat popular dan menjadi satu
ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang
menganggapnya satu kalimah suci dan bererti.
Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih
yang setia dan mula memasang angan-angan
untuk mendirikan rumah tangga bersama
pasangan pilihan.
Fanomena ini berlanjutan dari bangku sekolah
lagi malah adakalanya membawa kepada
sesuatu di luar jangkauan
Cinta perlu
difahami. Semestinya seorang remaja
perlu memahami kehendak dan definisi yang
tepat.
Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar
gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu
sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?
Di dalam artikel bertajuk Hakikat Percintaan
Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta
merupakan satu perasaan yang semulajadi di
alami oleh setiap insan baik muda mahupun tua.
Allah telah menganugerahkan manusia naluri
untuk meneruskan keturunan (salah satunya,
menyukai pasangan berlainan jantina) atau
dikenali dengan gharizah Al-Nau’.
Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang
tiga iaitu gharizah Al-baqa’ (naluri untuk
meneruskan kehidupan dan mempertahankan),
gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah
dan beragama) dan gharizah Al-Nau’.
Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah
fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak
haram di
sisi Islam.
Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami
kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju
seterusnya.
Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan
satu kesimpulan yang mudah tentang hakikat
cinta.
Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih
sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab,
kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan
ada matlamat.
Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang
dikatakan sebagai cinta, maka hubungan
sedemikian sekadar satu permainan dan kepura-
puraan sahaja.
Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan
yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan
hubungan antara manusia dan Allah.
Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu
kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi
pihak lelaki dan perempuan.
Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja?
Adakah setakat mengisi usia remaja dan
adakalanya putus di tengah
jalan?
Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih
kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh
romantis dan indah.
Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta
yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat
kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi
rasa cinta dan kasih sayang sesama insan.
Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah,
masing-masing ingin selamat-menyelamatkan
antara satu sama lain dari segi hubungan dan
kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang
abadi di akhirat.
Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta
yang punya pengertian yang luhur dan hanya
dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang
sentiasa mencari tuhan

Mengurat Dan Bercinta Menurut Islam

Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “pakai bedal sahaja”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.
Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri.
Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.
Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.
Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.
Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.
Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.
Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.
Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.
Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890)
Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.
Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.
Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.
Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.
Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.

~talk about love~

cinta digambarkan dengan pelbagai kata2 indah namun keindahan hanya ada pada nama dan serinya itu hanya khabar sahaja~..cinta itu, merupakan rasa teragung yang dikurniakan yang khalik kepada hambanya...kerana agungnya cinta terciptanya nama2 besar "romeo n juliet" munculnya kalimah keramat "u jump, i jumjp" sinerlogi ":jack n rose"....tidak lupa juga dalam kalangan kita masyarakat melayu turut terikut2 dengan memfilemkan kisah cinta agung " lela majnun"...pelbagai rupa, pelbagai bahasa, pelbagai kata diungkap dalam menggabarkan kebesaran rasa cinta...dan kerana cinta juga tercipta nya "taj mahal" dan kerana cinta juga ada yang mengorbankan nyawa!! serendah itu kah martabat ke agungan keindahan anugrah yang bergelar CINTA ini???...pengorbanan CINTA kah bila nyawa melayang??pengorbanan CINTA kah maruah menjadi taruhan???jadi ini kah cinta yang kita agung2kan?memusnahkan jiwa, diri dan menjerumuskan manusia kedalam neraka jahanam!!!!serendah itukah nikmat cinta yang telah yang Khalik kurniakan??jadi mengapa pula TuhanMu menjadikan cinta jika cinta itu pemusnah dalam kehidupan??salah nya bukan pada makna cinta yang kerap didefinisikan..dan  bukan juga letaknya pada takrifan cinta yang di cetuskan..namun minda yang sering menjadikan cinta sebagai satu tiket untuk mempias nafsu berpasangan!!cinta sejati hanya diperolehi dengan mencintai pada yang satu lagi maha agung Allah S.W.T pencipta sekalian alam..dan seterunya kepada rasulmu,..yang sering menghaparkasih buat umatnya..dan seterusnya rasa cinta itu perlu disemai sedalam2 nya kedalam hatimu yang paling dalam..kerana pncak kasih dan cinta hanya akan terasa jika ada rasa cinta terhadap diri sebelum mengurniakan cinta kepada makhluk sesama insan,,.dengan izinNya, rasa cinta yang menebal dalam diri akan melahirkan satu pendindiing diri dalam menghadapi pancaroba pelayaran berkasih,,dan seterusnya mengelakkan diri dari jatuh ke dalam kancah kejahilan..kerana cinta itu, bukan sekadar nafsu untuk berpasangan namun perasaan saling melindungi dan melengkapi anatara kamu ya ng begelar hawa dan adam..agar kesejahteraan sentiasa  berpanjangan...

~anugerah pancaindera~

hari ini di blok "G" satu pertemuan rahsia antara kelas kami dengan seorang insan yang ku gelar "sahabat" dalam satu sesi refleksi face to face secara slaw talk..bukan hendak menjadi sang bijak pandai untuk menjadi hakim dan menunding siapa yang benar mahupun salah..hanya sekadar refleksi diri dan menannguk di air yang sudah jernih..memberi pengajaran kepada diri agar sentiasa berpada2 dalam setiap laku....setelah dilihat, dan dibawa ke meja perundingan punca nya hanyalah sekadar pertuturan harian kita sendiri..perkara yang dituturkan tanpa kita sedari, tanpa niat untuk melukai, atau niat yang lain..hanya sekadar pertuturan seharian.,dahsyatnya kesan daripada pancaindera MULUT...indah dalam menuturkan...kata2...dan boleh mengeluarkan kata yang membunuh seribu jiwa!!!!...dan disebabkan aku mulai sedar bertapa dahsyatnya fitnah mulut ini, aku mulai menyepi..mula mengamalkan dasar tutup pintu..krana aku tidak mau terlibat dalam setiap persengketaan. perang, samada perang dunia ke3, prang dingin, perang kaum or sebagainya!.....tidak mau ada pemulaun berlaku..penat dengan sandiwara dunia dan syaitan yang menyesatkan!...mungkin aku bukan alim ulamak yang bertutur dengan hadis dan as sunnah..namun aku tetap cuba mengatur diri..ikhlas dalam setiap perlakuan..mencuba untuk menjadi yang iklhlas dalam menerima jahat dan keburukan setiap makhluk yang bergelar "insan" reda bahawa tiada yang tercipta sempurna fizikal dan sifatnya!...aku cuba memahami sifat insan yang bergelar teman...aku cuba!dan tidak penat untuk mencuba!!!...dan yang paling aku ingin untuk elak dan lansung membuang terus ialah membuat "maksiat" MULUT yakni MENGUMPAT!!, MENGHINA!!MENGEJI!!!MENYINDIR!!MEMFITNAH!!BERDUSTA!!!..dan kerana itu,,,aku mulai diam...dan hanya bersuara apabila ada keperluan...mungkin ada yang mengsifat dan mengkonklusikan perubahan ini sebagai satu yang menganehkan..kini aku bersyukur dikurniakan penyakit!!..kerana penyakit ini telah mengelakkan aku bersuara dengan kerap di dalam kelas..banyak mengubah perilaku aku dan sebagai penguat aspirasi transformasi...hanya pada NYA aku memohon jauhkan aku dari dosa memfitnah dan lindungi aku dari segala fitnah~AMIN~

Wednesday 4 May 2011

~suka-suka jak mok post4~

~suka-suka jak mok post 3~

~suka-suka jak mok post 2~

~suka-suka jak mok post~

hayati

~word canntik~

diari inspirasi 7 (14.9)

salam, akhirnya punya masa untuk update blog nih...aiyooo....bukan bz yang menjadi masalah utama...my kesihatan selalu tak mengizinkan aku untuk mengepost dalam blog nih..sejak akhir2 ni saya "nursafawati" selalu jak malang ditimpa dengan pelbagai penyakit aneh yang tidak diketahui penawarnya..disebabkan tidak sihat aak ku lebih hepi berkongsi rasa d facebook jak..then tdur hehehe...banyak yang berlaku...example pergi sibu...rombongan ini diketuai oleh taiko kami a.k.a our belovebed sis kak dorence julious tungkiong dan P.A nya   kak poline..tukang masak kamek org abhen..hehehe..ahli romnongan terdiri daripada aku si fafa, ul waniey, net noh, helen su dan nad siti..hehehe..,lima power rangers terhebat dan terulung...da best moment lah..hehe..macam pelancong jak..bawa beg besar kayo2..hahaha.then we stay kat umah kak do,.,jatuh cinta ngan chelsea...aduh.,syg kalu bisa ku sentuh dirimu.,tp sayang kau haram bagiku,,oh puppy kej...hehehe....then...mek org balit,,dan dikjutkan dengan amali di isninya..apuh...ny the way...i make my best..heheh....pakei kasut baru gik ya...yalah kacak gilak...erm..apa gik ow...mok share,...yaaaaa..rabu lok..kenangan x best ~0~..ku dihatar pulang...sebab kesihatan ku merudum jatuh,,,hhehehe...sian aku...hehehe...terkejut seluruih isi rumah ngga..yalah ngga aku pulang diiringi dua bdy guard..mestilah bedebar juak mak ngga,,,..hhahaha....mak yang kamboh semacam jak....hehehe...amazing woman in this world...alololo...nak beralih cerita bout my ngek pulak......erm...sebelum tuk okeyh jak hubungn mek duak.,tp aher2 tuk apa jak kah,,,erm...gara2 wall post pun kelai juka,,,xda nak dikelai gik kali,hhaha...salah ku juak,,post camya...erm..aku terbaca walll kawanya,,dan terfikir ada kebenarannya,,,huhuhu...benaka????????..enthla...sama2 lah wait n see....k lah...no mood...my badan feel like "ala2" ...semoga aku cepat sembuh,,,"
by ell mina2

yesterday~....yesterday and yesterday~~

*oit!!!shishiomida \(^.-)/*
long...long time not see you
lama sudah 
x update blog, so tired ==!
banyak kerja 
yang kena disiapkan especially 
folder yang tebal
macam ensiklopedia
hehehe^_^
hari ini my blog di upadate dengan wajah baru!!
itu bermakna nya saya punya 
inspirasi baru deh *_*
banyak bahan ilmiah menuggu untuk
menjadi santapan minda
semua belia remaja
hehehe^^,
jangan jeleous @_@
okeylah nak beridari inspirasi pulak
bye...bye 
see u all nanti ya
__m(^.-)/____

by,
ell mina2 waka2