Wednesday 7 September 2011

minda kelas pertama pidato untuk bmk saya~bikin stress sahaja

.
Sekalung kasih saya hulurkan buat saudari pengerusi Majlis, salam penuh penghargaan saya ucapkan buat tuan pengarah IPG Kampus Rajang serta para pensyarah yang sudi mengundang, salam ukwah, salam perpaduan dan salam satu Malaysia buat sidang dewan yang budiman. Assalamulaikum dan Salam sejahtera.
Teras Kedua Misi Nasional dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ialah ‘meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama’. Dalam konteks ini, para guru digalakkan untuk menambah ilmu pengetahuan, mengamalkan budaya membaca, menulis dan berdiskusi untuk merealisasikan impian negara Malaysia dalam melahirkan wargenagara khususnya modal insan yang mempunyai minda kelas pertama menjelang 2020. Menyahut kepada seruan perdana menteri Malaysia yang menyatakan peranan modal insan yang menyandang tanggungjawab masyrakat pelapis sebagai sumber penjana kekuatan negara, transformasi budaya dan peningkatan tamadun negara.
Bunga Emas tampak Berseri
Cenderamata buat sang raja
Datang bertandang tegak berdiri
Berkongsi ilmu terbuku di dada
            Berpaksikan keadilan, bersama angin yang menderu, bersama nafas yang menghembus, bersama hujah yang kukuh, hayatilah pidato saya di bawah mauduk,
Pembentukan  minda kelas pertama di bawah tema globalisasi pendidikan
Sebelum madah bersulam indah, sebelum fakta menyusur kata,sebelum tangan tarikan gaya, izinkan saya medefinisikan tajuk saya hari ini, baik secara literal mahupun konseptual agar yang kabur bisa saya jelaskan agar yang gelap bisa saya terangkan.
            Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Ke-4, Pembentukan bermaksud perihal atau membentuk sesuatu, minda pula bermaksud akal fikiran atau daya fikir, kelas bermaksud kumpulan atau golongan dan pertama pula mambawa maksud yang pertama sekali. Sudah terang lagikan bersuluh, bahawa takrifan secara konseptualnya, pembentukan minda kelas pertama bermaksud membentuk masyarakat yang mempunyai akal dan daya fikir yang berada di tahap teratas di mana sesorang individu iti mampu mengaplikasikan akal fikirannya ke arah tahap pemikiran yang tinggi, berdaya kreatif, kritis dan inovatif sehingga membawa kepada pelapisan modal insan yang berguna.
            Bagi mengulas dan mengupas perihal ini, saya akan mengemukakan lima komponen utama dalam pidato saya hari ini. Pertama kali saya akan mengupas tentang penambahbaikan sistem pendidikan yang menyeluruh. Kedua,peningkatan dalam pretasi pencapaian sekolah kebangsaan. Ketiga, pengwujudaan universiti bertaraf antabangsa. Keempat,  penyediaan lebih banyak institut kemahiran dan yang kelima, penglaksanaan program pembangunan moral yang kukuh dan budaya beretika,
            Sidang dewan yang dekat dihati,
Indikator saya yang yang pertama,ialah penambahbaikan sistem pendidikan disekolah. Menyingkap tirai perlaksanaan pendemokrasian pendidikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, telah menyatakan bahawa setiap individu tidak mengira bangsa, geografi, atau status sosial berhak mendapat pendidikan sama rata. Dengan ini penambahbaikan sistem pendidikan secara menyeluruh dan melitupi segenap aspek dari peringkat pra sekolah sehingga tertiari, baik dari aspek kokurikulum dan pengajaran sehingga kepada kemudahan prasarana dan infrastruktur sekolah terutamanya sekolah di luar bandar untuk meningkatkan taraf pendidikan sekolah luar bandar yang acapkali di anak tirikan ini. Kadang-kadang kita tidak menyedari dalam ribuan timbunan kaca terdapatnya berlian yang berharga.Peluang pendidikan haruslah dibuka seluas-luasnya dengan kelengkapan yang mencukupi agar tidak berlakunya kekangan dalam pemerolehan maklumat dalam pembelajaran sehingga berlakunya msalah pelajar yang bagaikan katak di bawah tempurung dengan tahap pemikiran yang sempit dan tertutup. Justeru itu,sebagai pemangkin yang efektif, tenaga pengajar yang berkaliber serta kemudahan prasarana yang lengkap perlu disediakan untuk melahirkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama serta mampu memikul tanggungjawab sebagai pelapis dan tiang kekuatan negara.
Indikator saya yang kedua, peningkatan pretasi pencapaian dalam sekolah kebangsaan sebagai pemangkin pemupukan minda kelas pertama. Jika kita menyingkap kronologi sejarah dalam, pendidikan dikatakan sebagai satu komponen yang penting dalam pembentukan sebuah masyarakat yang bertamadun. Sejarah tamadun islam pula mengatakan masyrakat jahiliah hidup dalam kejahilan kerana tiadanya ilmu. Jadi ilmu yakni pendidikan memainkan peranan yang dominan dalam pembentukan masyarakat bertamadun. Merujuk kepada era kontemporari ini saya mempersoalkan kepada sedang dewan yang budiman dimanakah tunggak utama untuk mendapatkan  pendidikan? Disini saya menekankan, sekolah kebangsaan seharusnya, melakukan usaha yang hetrogen dalam meningkatkan pretasi pencapaian sekolah. Pemerkasan sekolah kebangsaan secara tidak lansung akan menjadi indikator dalam mewujudkan perpaduan. Sekiranya, sekolah kebangsaan mampu melahirkan pretasi pencapaian yang baik, secara tidak lansung sekolah kebangsaan akan menjadi pilihan oleh semua kaum. Pendidikan mampu menjadi satu tali yang menghubungkan ke arah perpaduan kerana adalah lebih mudah untuk dicapai sekiranya murid daripada pelbagai kaum ini mendongak langit yang sama duduk di bawah satu bumbung. Jadi pentingnya pendidikan di tingkatkan di sekolah kebangsaan agar mampu menjadi tapak semaian perpaduan dan seterusnya melahirkan modal insan minda kelas pertama.
Hadirin dan hadirat yang dekat di hati,
Indikator saya yang ketiga, perlaksanaan program pembangunan moral dan budaya yang beretika sebagai asas generatif minda kelas pertama. Mantan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Abdullah bin Ahmad Bedawi pernah berkata “ Modal insan bukan setakat mempunyai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, tetapi juga mencakupi aspek peribadi serta akhlak yang tinggi  perlu ada pada seseorang itu”   dalam nada yang serupa memetik falsafah yang diungkapankan oleh John F. Kennedy “otak yang cerdas tiada gunanya kalu hatinya kaku”. Moral dan etika yang baik merupakan santapan yang paling indah untuk kerohanian dan peribadi manusia. Agama ibarat kompas ketika sesat di dalam hutan belantara, ibarat tepian andai terkapai di tengah lautan kerana agama yang mencukupi melahirkan moral dan etika yang baik serta mampu menjadi swadaya yang utuh lagi teguh untuk menempuh mayapada yang kian ganas menyeret mereka yang alpa ke lembah gelap lagi legam. Fikir-fikirkan.Sesuai dengan falsafah pendidikan yang turut menekankan keseimbangan jasmani, emosi dan rohani dan intelektual untuk membentuk masyarakat minda kelas pertama.
Setelah tamat indikator saya yang ketiga saya beralih kepada indikator saya yang keempat, pengwujudan universiti bertaraf antarabangsa untuk melahirkan masyarakat minda kelas pertama. Mengapakah saya mengatakan pengwujudan universiti antaranbangsa sebagai komponen penglahiran masyrakat minda kelas pertama? Marcapada ini, dunia semakin maju dan maknanya permintaan manusia sesama manusia juga semakin meningkat. Apakah yang dimaksudkan dengan permintaan manusia sesama manusia? Universiti merupakan satu indikator yang memainkan peranan penting untuk memberkalkan individu dengan ilmu yang mencukupi untuk menempuh dunia pekerjaan. Pihak institusi perlulah menyediakan tahap aras ilmu yang tinggi dalam proses melahirkan masyarakat minda kelas pertama. Kerjasama dengan institusi pengajian tinggi dan swasta perlulah diadakan untuk melihat dan menilai agar kita mampu berdiri sama renda dah berdiri sama tinggi bersama dengan institut terkemuka antarabangsa. Insyaallah sekiranya Institut pengajian tinggi tempatan mengikut piawaian antarabangsa, kita pastinya lebih bermegah dengan segulung ijazah yang diperolehi memandangkan tahap universiti tempatan seiring dengan universtit antarabangsa. Pembentukkan minda kelas pertama juga dapat di terapka dengan berkesan.
Sidang saksi bermisi, dekat dihati.
Indikator saya yang terakhir, ialah penyediaan institute latihan yang lebih banyak merupakan satu mangkin yang efektif dalam menjana minda kelas pertama. Pepatah Cina mengatakan bahawa “jika berikan mereka ikan, mereka hanya hidup untuk sementara,tetapi ajarkan mereka bagaimana menangkap ikan, mereka akan hidup selama-lamanya” . Seirama dengan pepatah Luqman Al-Hakim yang menyatakan “ Orang yang paling gagal dalam hidup ialah orang tidak cekap apabila disuruh dan hanya membuat apabila disuruh”. Walaupun dalam alunan gabungan aksara yang berbeza namun membawa pengertian yang hampir sama. Institute latihan dan pembelajaran kemahiran kepada tenaga buruh termasuk kemahiran penggunaan ICT untuk menjana masyarakat minda kelas pertama. Secara tidak lansung penubuhan istitut kemahiran akan lebih banyak mendedahkan mereka kepada pendedahan kemahiran dalam melakukan sesuatu kerja. Perlaksanaan penubuhan Institusi mampu melakukan transformasi kepada segenap masyarakat di Malaysia dalam pelaksanaan kerja. Mungkin sahaja, petani sudah tidak menggunakan cangkul lagi sebaliknya gergasi jentolak menjadi pengganti dalam melaksanakan kerja seharian.  terlihatlah scenario, buruh yang mahir dan mempunyai kecekpan dalam melakukan kerja. Justeu itu, penubuhan institute kemahiran mampu mnjadi mangkin yang efektif penghasilan minda kelas pertama.
Namun tidak dinafikan dalam perlaksanaan penghasilan minda kelas pertama, terdapat pelbagai cabaran serta persoalan yang terbenak diminda, kemampuan pihak kementerian pendidikan Malaysia dalam melahirkan minda kelas pertama. Melihat dari perspektif kewangan dan bajet yang besar dalam mewujudkan kemudahan infrasruktur yang lengkap terutamanya sekolah pendalaman. Dari aspek geografi banyak menyukarkan untuk menyerap masuk pelbagai kemudahan ke dalam kawasan pendalaman kerana timbulnya masalah pengangkutan. Masalah kesukaran pengangkutan ini bukan sahaja menyumbang kepada kesukaran untuk membawa masuk pembinaan ia juga menelan perbelanjaan yang sangat besar. Jadi, faktor kekangan yang sangat besar ini, kerap kali menjadi halangan besar untuk memajukan sekolah luar bandar terutamanya kawasan pendalaman. Memikirkan kepada penelanan kos yang besar, menimbulkan persoalan berbaloi kah menghabiskan puluhan juta untuk melengkapi sekolah yang kadang-kadangnya pelajar nya tidak sampai sepuluh orang di dalam kelas? Jadi seiapa yang harus ditunding jari? Ibu bapa yang kurang kesedaran atau kerajaan yang kurang mampu menyediakan kemudahan mencukupi? Kembali dan berpeganglah kepada pepatah usaha itu tangga kejayaan.
Selain itu, pendidikan yang terlalu berointasikan pendidikan juga menjadikan perlaksaan kokurikulum yang dirangka dengan indah tidak mampu melahirkan modal insan minda kelas pertama. Kegairahan untuk melahirkan pelajar yang pintar menghafal teori dan fakta untuk diluah dalam kertas soalan menjadikan pembelajaran ilmu itu hanya dijadikan sebagai indikator mencapai matlamat menjadi pelajar cemerlang peperiksaan. Ilmu diperolehi tidak dihayati dan jauh sekali hendak diaplikasi dalam kehidupan seharian. ilmu tanpa amali ibarat pokok tanpa buah. Penerapan nilai murni dalam sesi pembelajaran tidak diterapkan kerana terlalu taksub untuk habiskan silibus kerana matlamat sebenar pendidikan telah dilupakan. Sabda Rasulullah SAW “Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu”. Bagaimanakah rupa anda setelah bergelar pendidik kelak? Tepuk dada tanya selera.
Tuntasnya, sekiranya kelima-lima komponen utama yang telah saya kupas sebentar tadi sidang dewan pahat diminda, selitkan dihati, pahatkan dijiwa, tidak ada yang mustahil untuk dicapai.   Ibnu Mas’ud mengatakan “Tidak seorang pun yang dilahirkan berilmu, kerana ilmu itu diperolehi dengan belajar. Jadi manusia perlu sentiasa belajar”. Seiring dengan pepatah ini dapatlah saya simpulkan dengan seringkasnya, pembentukan modal insane minda kelas pertama dapat dihasilkan dengan menjadi pendidikan sebagai tali penyambung kepada sebuah transformasi yang berkesan. Saya akhiri pidato saya dengan serangkap pantun,
Dari Kuala Lumpur pergi ke Meludam,
Singgah mandi ditepi perigi,
Kini saat katakan sekian,
Moga kita berjumpa lagi.







5 comments:

  1. slm..adik...akk nak mintak izin dr awk...akk nak amek skit ayat pidato awk...akk ade prtandingan peringkat fakulti...x sempat nak buat teks...ada masa 5 hari je...harap awk izinkan

    ReplyDelete
  2. wasalam..takper kak..amik jer..diizinkan dan dihalalkan... :P

    ReplyDelete
  3. Salam Dik, akak pun nak pakai sikit ayat teks awak. Mohon izin yer. TQ.

    ReplyDelete
  4. Boleh tak pakai sikit ayat teks awak.

    ReplyDelete
  5. sangat jelas , mohon keizinan menggunakan beberapa cantuman ayat dan idea bernas saudari.

    ReplyDelete