Tuesday 12 April 2011

ITU KEJAM!!!!

Ibu,
Itu kejam!
Dalam dakapan aku kau tinggalkan,
Sepi tanpa kasih sayang,
Kau diragut pergi tanpa kerelaan,
Penuh ketragisan..
ayah,
itu kejam!
Mengapa aku ditinggalkan
Engkau yang pergi berjuang!
Engkau yang pergi menentang!
Kini nyawamu hilang melayang,
diragut kerakusan,
sebuah peperangan!
Saudaraku,
Itu kejam!
Kamu juga tidak sudi menjadi teman,
Dalam menempuh hidup penuh suram,
Tanpa kasih tanpa pelindungan,
Kerana nyawamu kini 
sudah menjadi taruhan..
Dunia,
Itu kejam!
kau ragut segala nyawa yang ku sayang!
kau ragut tempat aku jadikan pelindungan!
menjadikan aku bagaikan layang2 putus pertimbangan!
aku insan yang baru membuka mata,
melihat dunia hilang kemanusian,
dan kini aku,
hanya menunggu ajal,
menyeru ketibaan...


NUKILAN RASA,
NURSAFAWATI SAUPI
PPISMP BM1
KAMPUS RAJANG

No comments:

Post a Comment