Monday 11 April 2011

~mY sELf~mY w0RLd~mY LiFe~

Aku, Nursafawati Binti Saupi dan lebih dikenali dengan panggilan Safa, Fafa or Ell Mina2 waka2 (gelaran kawan satu kampus). Mungkin sudah disuratkan aku mempunyai banyak gelaran. Dalam keluarga aku di panggil dengan pelbagai gelaran. Dulu2, sewaktu masih budak2 aku dipanggil "Yak Nor" , Yak Isa"..tapi sekarang aku dipanggil "kakak" oleh ibu dan ayahku tersayang kecuali abang ku sahaja yang tetap memanggil ku dengan gelaran lama. Yang uniknya..nama panggilan ku semakin disingkatkan semakin akau melonjak dewasa. waktu sekolah rendah, aku dipanggil Safawati, sekolah menegah aku dipanggil Safa dan bila melangkah ke kampus Rajang aku dipanggil Fafa. Mengikut takrif kamus dewn edisi ke 100 Nur bermaksud cahaya dan safawati bermaksud kesucian.. Walaupun aku tidak sesuci mana namun nama ini menjadikan aku sentiasa meletakkan kesucian sebagai tonjak utama dalam kehidupan (maruah).


Aku dilahirkan dalam keluarga sederhana dan serba kekurangan dari segi kewangan namun penuh dengan limpahan kasih sayang. Tangan ibu dan ayah telah menjadikan aku seoarang insan yang bukan sekadar begelar manusia. Aku mempunyai dua orang abang dan seorang adik lelaki. Merekalah pengawal peribadiku semenjak kecil selain daripada ayah dan ibu. They are lovable. Dilahirkan dalam keluarga yang dikelilingi lelaki menjadikan aku berpenampilan sedikit kasar dan aktif dan suka sesuatu benda baru dan pantang dengan cabaran. Aku tidak suka mengawal prilaku dan suka menjadi diriku sendiri. Tidak kisah dengan pada persepsi mata yang melihat dan memberi penilaian. Kadang2 aku aneh dan berprilaku pelik! hahaha...n thats mean i was damn bored! Aku tak dapat hidup dalam keboringan dan kesunyian!! boleh membuatkan aku menitiskan air mata.
Dan kini siapa sangka aku bakal seorang guru berkat mulut masin ibu yang tak pernah2 lekang mendoakan aku untuk begelar pendidik. Ku akui guru adalah cita2 ku semenjak dibangku sekolah lagi. Namun setelah melonjak remaja minat ku baralih arah. Aku meminati bidang kewartawanan (Juru acara Program Kelab disney Malaysia). Ini kerana aku menyedari diri sendiri yang suka bercakap, suka sesuatu yang mencabar, travelling dan sukakan budak2 dengan permainan nya sekali!! Tapi aku ditakdirkan untuk menjadi seorang guru! Aku tidak pernah menyesal namun, bersyukur kerana dikurniakan peluang ini dan aku amat berharap aku mampu menjadi seorang guru yang menghasilkan manusia yang mampu mengegar dunia!!

No comments:

Post a Comment