Saturday 6 August 2011

~wanita dan kemulian~

WANITA DAN KEMULIAAN


Wanita,
Jangankan lelaki biasa,
Nabi pun terasa sunyi tanpamu,
Bahkan hati turut gersang,
Malah fikiran pun tak menentu resah jadinya,
Begitulah perlunya engkau wanita.."

Wanita,
Renunglah dengan mata hati,
Bukan emosi,
Adakah hadirmu menguntungkan?
Atau sekadar mengisi kekosongan.

Wanita,
Seringkali engkau berduka,
Kononnya engkau dipersenda,
Kerana hakmu diperguna,
Engkau seolah insan yang hina,
Hanya berada di belakang pemuda,
Sehingga timbul pelbagai suara
Menuntut hak sama rata.

Wanita,
Adakah engkau lupa?
Engkau sebenarnya sangat istimewa,
Ayuh buka mata & minda,
Untuk merenung seketika,
Agar engkau tidak alpa,
Bahawa engkau terlalu mulia.

Wanita engkau bukan dijadikan daripada kepala,
Untuk menjadi ketua segala ketua,
Engkau juga bukan dijadikan daripada kaki,
Untuk dihina dan dikeji,
Tapi engkau dijadikan daripada tulang rusuk,
Yang terletak dekat dengan hati,
Untuk dikasihi dan disayangi.

Wanita,
Dari rahimmu yang sempit itulah,
Lahirnya seorang perdana menteri,
Lahirnya seorang ulama sejati,
Lahirnya seorang mujahid berani,
Lahirnya seorang rasul & nabi,
Tidak dari rahim lelaki,
Tidakkah engkau mengerti?
Kedudukkanmu terlalu tinggi.

Wanita,
Mentaatimu tiket ke syurga,
Berbakti kepadamu petunjuk sifat taqwa,
Mengasihimu lambang akhlak mulia,
Mengabaimu membawa celaka,
Mengenepikanmu seolah-olah tiada makna.

Wanita,
Andai pena dijadikan perantaraan,
Untuk membuat segala catatan,
Untuk membuktikan segala keistimewaan,
Nescaya tiada kemampuan,
Kerana engkau terlalu diagungkan,
Cukuplah jika engkau telah membuat persediaan,
Berlandaskan ilmu & iman,
Bukan emosi & perasaan,
Pasti engkau dapat menerima kenyataan,
Bahawa engkau sebenarnya terlalu dimuliakan,
Mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Tuhan.
Wallahua’lam.

No comments:

Post a Comment